Oh! Resepi

Resepi Daging Cincang Cendawan Kukur

0
Resipi Daging Cincang Cendawan Kukur

Bahan-bahan :

400g daging cincang
100g cendawan kukur
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
4 tangkai cili padi
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Cara Menyediakan :

1. Rendam cendawan kukur bersama air garam.
2. Panaskan minyak, masukkan cili padi yang telah diketuk, bawang kecil dan bawang putih yang dihiris. Tumis sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan daging cincang. Goreng sehingga garing.
4. Masukkan cendawan kukur, sos tiram dan garam. Kacau sehingga masak.
5. Kemudian bolehlah dihidang bersama cili potong, kicap cair masin dan nasi putih.

Selamat Mencuba!

0 comments:

Post a Comment