Oh! Resepi

Oh! Resepi menyajikan pelbagai resepi yang sangat Enak Lagi Berkhasiat dan Follow kami @ Facebook dan dapatkan update terkini daripada #Oh! Resepi

Showing posts with label Aiskrim. Show all posts
Showing posts with label Aiskrim. Show all posts


Resepi Marble marshmallow

Bahan-bahan (Resepi ini menggunakan loyang saiz 8×8)
  • 2 cawan gula
  • 1 sudu besar liquid glucose
  • 30 gm serbuk gelatin
  • 3/4 sudu teh esen vanilla
  • 2 biji putih telur
  • pewarna (saya guna pink)
  • minyak masak (untuk gris loyang)
  • *3/4 cawan air – utk buat gelatin
  • *3/4 cawan air – utk buat liquid glucose
CARA-CARA :
  1. griskan loyang dengan sedikit minyak masak, ketepikan.
    utk adunan glucose, masukkan gula, liquid glucose dan 3/4 cawan air ke dalam periuk kecil. Masak dgn api sederhana sehingga gula larut dan mendidih. Tutup api.
  2. Utk adunan gelatin pula, sediakan 3/4 cawan air di dalam bekas tahan panas. Taburkan gelatin dan biarkan melarut selama 5 minit.
  3. Lepas tu, ambil bekas dan letak dalam double boiler. Kacau kejap jer utk pastikan gelatin benar2 larut. Masukkan esen vanilla. Tutup api dan satukan dgn adunan glucose tadi. Ketepikan.
  4. Dgn menggunakan mixer, pukul putih telur sampai kembang dan muncul soft peak. Kemudian, masukkan adunan gelatin+glucose tadi dan pukul dengan kelajuan paling tinggi selama 12-15 minit (sampai adunan menjadi tebal dan gebu).
  5. Masuk adunan ke dalam loyang. Letak 3-4 titik pewarna dan buat corak marble di atas nya dgn lidi. Biar adunan mengeras semalaman (jgn ditutup).
  6. Potong ikut shape segiempat tepat setebal 2 inci dgn pisau basah. Basahkan tangan sewaktu memotong sbb marshmellow mmg melekit.
*Tips: Salut dgn sedikit tepung jagung (yg dah diayak) dan biarkan kering sblm letak dalam bekas kedap udara

Resepi Mousse Coklat


BAHAN-BAHAN:
  • 250gm coklat masakan (dark chocolate) | dicincang
  • 500gm krim pekat | dipukul sedikit
  • 100gm krim pekat (double cream)
  • 65gm gula kastor
  • 5 biji kuning telur
  • Parutan coklat masakan | hiasan
  1. Pukul kuning telur dan gula sehingga kembang dan sebati dengan menggunakan hand whisk.
  2. Kemudian masukkan bancuhan krim pekat dan coklat masakan yang dididihkan sehingga sebati. Kacau rata dan sejukkan.
  3. Seterusnya masukkan pula 500gm krim pekat dan kaup balikkan.
  4. Setelah itu, tuangkan adunan ke dalam acuan atau gelas bersesuaian. Sejukkan.
  5. Akhir sekali, apabila mahu dihidangkan, hiaskan dengan parutan coklat masakan.
p/s : Manisan ini enak dimakan segera setelah disejukkan.


Bahan-Bahan:

250g butter
100g gula
30g shortening
240g tepung gandum
50g tepung jagung
30g tepung kentang
40g tepung kastad
½c.teh baking powder
sedikit esen mangga/vanila

Hiasan: 

coklat masak
manik bintang
telur kuning

Cara:
1. Pukul butter dengan gula sehingga kembang.
2. masukkan shortening dan esen mangga/vanilla. Kacau serata.
3. campurkan semua tepung dan baking powder.
4. masukkan campuran semua tepung ke dalam adunan butter tadi sedikit demi sedikit.
5. jika adunan tadi lembik, masukkan sedikit tepung jagung,jangan guna tepung gandum kerana ia akan membuatkan biskut tidak ragup
6. uli tepung sehingga menjadi doh dan boleh dicanai.
7. setelah setelah dicanai,guna kayu roll yang berjalur untuk membuat jalur-jalur diatas doh yang telah dicanai.
8. tekap doh yang berjalur dengan acuan berbentuk ais krim. kemudian sapu kuning telur sebelum dibakar dengan suhu 160 darjah selama 20 minit atau sehingga masak.
8. setelah biskut masak, hiaskan biskut dengan coklat masak yang telah dimasak secara double boiller.
9. akhir sekali susunkan manik bintang diatas coklat tadi dan biarkan coklat kering sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

Cadangan Hidangan:
Boleh dihidangkan untuk jamuan dan minum petang.

Bahan-Bahan

260 gm butter
120 gm gula icing
320 gm tepung gandum
60 gm tepung jagung
40 gm tepung ubi
1/2 sudu teh baking powder
40 gm serbuk badam
Sdkt vanilla essence
2 sudu teh strawberry emulco
sedikit pewarna pink/merah
1 biji kuning telur utk sapu atas biskut
Topping coklat dan manik2/bunga sebagai hiasan

Cara-Caranya

- Pukul butter dan gula sehingga kembang.
- Kemudian campurkan tepung-tepung yang telah diayak bersama baking powder dan juga serbuk badam. - - Gaul rata sehingga menjadi doh.
- Canai doh dan kemudian gelek dan terap dengan acuan ais krim.
- Atur diatas loyang pembakar. Sapukan telur diatas biskut dan bakar pada suhu 150 degree selama 25 minit atau sehingga ia masak.
- Biarkan biskut benar2 sejuk, barulah celup dngn coklat cair.
-  Celup hujung biskut dengan coklat dan tabur manik berwarna diatas coklat tersebut.
= Hias biskut ikut creativiti anda.

Resepi Biskut Aiskrim Nestum

Bahan-bahan:

200 gm tepung gandum
70 gm tepung kastad
160 gm nestum (Boleh kisar nestum ni)
75 gm gula halus
180 gm butter
1 biji telur
1/2 tsp serbuk penaik
Bahan hiasan:
250 gm coklat masakan (Cairkan secara double boiler)
Gula manik atau apa-apa hiasan yang sesuai


Cara-cara:

- Ayak tepung gandum, tepung kastad dan serbuk penaik. Kemudian satukan dengan nestum.
- Dalam satu mangkuk lain, putar butter dan gula hingga gebu dan warna menjadi pucat.
- Masukkan telur dan pukul rata.
- Masukkan bahan ayak dan uli hingga menjadi doh.
- Canai dan terap dengan acuan bentuk aiskrim.
- Bakar dalam oven pada suhu 160 C sehingga biskut masak. Sejukkan di atas redai.
- Celupkan hujung biskut ke dalam coklat yang telah dicairkan dan taburkan gula hiasan di atasnya.
- Setelah coklat mengeras, simpan biskut di dalam bekas kedap udara.



RESEPI AISKRIM COKLAT (HomeMade)


Oleh :Rafezah Razali

BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT AISKRIM COKLAT
  • 1 tin susu sejat
  • 4 sudu besar susu pekat manis
  • 100ml whipping cream
  • 2 sudu besar ovalette
  • 1 sudu kecil essence vanilla
CARA-CARA UNTUK MEMBUAT AISKRIM COKLAT
  1. Campur semua bhn dlm mangkuk besar.
  2. Letakkn mangkuk dlm satu lg bekas yg mengandungi ais.
  3. Pukul dgn handmixer sehingga kembang (20-30minit)
  4. Masukkn perasa yg digemari (coklat/strawberry/lemon etc)
  5. Bekukan 5-6 jam.