Oh! Resepi

Oh! Resepi menyajikan pelbagai resepi yang sangat Enak Lagi Berkhasiat dan Follow kami @ Facebook dan dapatkan update terkini daripada #Oh! Resepi

Showing posts with label Lauk Pauk. Show all posts
Showing posts with label Lauk Pauk. Show all posts
Resepi Sambal Belacan

Bahan-bahan :-
  • Belacan agak-agaklah ye
  • Bawang Merah setengah ulas
  • Cili padi ikut suka hati banyak mana
  • Garam sikit
  • Gula sikit
  • Air asam/limau
Cara Menyediakan
  • Goreng bawang, belacan dan cili padi hingga naik bau dan bawang tu nampak lembik sikit
  • Angkat dan tumbuk, sambil tu masukkan garam dan gula
  • Tumbuk hingga lumat
  • Tambahkan air asam
  • Dalam kuali, goreng lagi sekali sambal belacan tadi dengan sedikit minyak untuk bagi kick sikit rasanya
  • Sedia untuk dihidang bersama nasi panas-panas phew~
Ada lagi resepi sambal belacan yang sedap, mak mertua punya sambal belacan sedap, saya dah follow semua bahan-bahan dan step-stepnya tapi tak menjadi, pelik hahaha, mungkin air tangan tu kot yang buat sedap kan? hihihi.
Selamat Mencuba ..

Bahan-Bahan 

Satu ekor ikan patin
2 ulas kunyit hidup (ditumbuk halus)
6 biji bawang kecil (ditumbuk halus)
15 biji cili api (ditumbuk halus)
2 senduk tempoyak (agak2, nak pekat letak lebih lagi)
1 biji timun cina (dipotong dadu)
2 ikat daun kesum
2 ikat bunga kantan
sedikit asam keping
3 cawan air (ikut kepekatan)
garam (ikut rasa)
gula (kalau agak terlalu pedas) 

Cara-cara 

1. ikan disiang dan diperapkan dengan asam jawa & limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir ikan selama 1 jam.

2. Kunyit hidup, bawang kecil dan cili api ditumbuk halus dan digaulkan dengan tempoyak tadi masukkan kedalam periuk yang diletakkan air, gaul sehingga rata masukkan juga asam keping, letak atas api dan biar 3 minit baru masukkan ikan yang terlebih dahulu dibersihkan, masukkan bunga kantan, daun kesum dan timun cina tadi, sambil itu masukkan garam, jangan terlampau masin, kalau agak2 pedas sangat masukkan gula sikit.

3. Cadangan Hidangan: sedap dimakan panas dengan nasi putih, amat menyelerakan.

4. Tambahan: tempoyak biarlah yang 5 hari diperam baru sedap masakan ini mengambil masa lebih kurang 20 minit. ( cara mudah kunyit hidup, cili padi, bawang kecil dan tempoyak tu, blender dengan secawan air, tapi pastikan lada tidak terlalu halus dikisar).

Selamat Mencuba

Bahan-bahan ( Untuk 25 orang makan )

Untuk nasi:
-1 gantang(2.7kg) beras wangi (eg: brand Sunwhite) dibasuh dan direndam selama 8 - 9 jam
-Segenggam bawang merah setelah dimayang ( lebih kurang 12 ulas)
-1 - 2 inci halia (dihiris halus-halus panjang)
-1 - 2 sudu besar halba
-Santan dari 3 biji kelapa ( santan pekat satu cetong(lebih kurang 900ml) dan santan cair satu setengah cetong)
-1 sudu besar gula
-segenggam garam

Untuk lauk:
-4 ekor ikan tongkol yang besar direbus bersama satu keret besar nisan, segenggam asam gelugur dan garam secukup rasa, air rebusan disimpan untuk dimasukkan dalam masakan kuah nanti

Untuk Kuah:
-1 senduk nasi penuh serbuk ketumbar
-1/2 senduk nasi serbuk jintan manis
-segenggam lengkuas setelah dihiris
-1 inci kunyit hidup (atau 1 sudu besar kunyit serbuk)
-1 labu bawang putih (yang besar)
-2 inci halia
-3/4 kilo bawang merah lebih sedikit
-1 1/2 bungkus cili boh yang RM1.20 sebungkus
-kerisik dari 1/2 biji kelapa
-4 keret besar nisan
-santan dari 4 biji kelapa ( kepekatan biasa, jangan cair)
-2 inci kulit kayu manis

Untuk Acar: 
-3 biji timun
-1 batang karot
-3 biji cili merah besar
-2 potong nenas
-1/4 kobis (setelah dipotong-potong digaul bersama garam gula dan cuka secukup rasa)

Telur rebus: 12 - 13 biji

Cara-cara

Cara-cara memasak kuah:
-semua bahan untuk kuah di'blender' kecuali kerisik, nisan, santan dan kulit kayu manis.
-masak santan hingga naik minyak sedikit barulah dicampur bahan-bahan yang diblender, kerisik, nisan dan kulit kayu manis.
-masak biar lama (api perlahan) bila santan surut separuh diisi air lagi hingga paras yang pertama, step ini diulang lagi selepas air surut separuh lagi baru letak ikan yang direbus bersama air rebusan dan separuh dari asam gelugur yang diguna untuk rebus ikan, air ditambah lagi sehingga paras pertama dan dimasak api perlahan sehingga kuah pekat dikacau sekali-sekali.( masak kuah makan masa lebih kurang 7 jam, dengan yang demikian kuah menjadi warna gelap dan tulang ikan reput macam sardin di dalam tin)

Cara-cara memasak nasi:
-beras yang direndam 8 jam dibasuh dan dikukus kosong sehingga masak, kemudian diangkat dan digaul rata dengan santan cair, bawang merah yang dimayang dan halba.
-kukus sekali lagi hingga masak dan diangkat dan digaul bersama santan pekat (diperolehi dengan memerah santan menggunakan air masak)yang sudah dicampur gula dan garam. Nasi sudah siap.

Bagi siapa yang kesuntukan masa boleh ikut cara saya memasak kuah, tapi kuahnya tak segelap yang original dan tulang tak sempat menjadi lembut.

Resepi Nasi Arab Simple


Bahan-Bahan untuk Ayam dan Nasi
1 kg beras basmati (basuh dan toskan)
1.5 liter air (untuk air rebusan ayam)
2 ekor ayam (potong kepada 2 atau 4 sahaja)
1 tin kecil kacang peas
1 cawan kismis
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
3 sudu besar minyak
5 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih (bancuh dengan sedikit air)
Pewarna merah
Bawang goreng
Garam dan gula secukup rasa
2 biji labu bawang besar saiz kecil (potong bulat)
1 biji tomato saiz kecil yang masak (potong dadu)
1 biji lada hijau (potong besar, tambahkan lagi kalau nak pedas)

Bahan-Bahan Tumis
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih (dimayang)
3 cm halia
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 pokok daun sadri (daun sup) hiris
1 pokok daun ketumbar

Bahan-Bahan untuk Sos Salatoh
Buah tomato masak
Cili hijau (ikut kepedasan masing-masing)
Bawah putih

Bahan-Bahan untuk Sos Zabadi
Yogurt
Timun
Lobak merah
Timun
Bawang besar
Tomato
Limau nipis

Cara-Cara untuk Menyediakan Air Rebusan Ayam

1) Air disukat dalam periuk dan direbus terlebih dahulu. Sukatan air bergantung kepada jenis beras yang digunakan.

2) Masukkan ayam dengan segera sementara mendidih. Ayam yang banyak direbus boleh dijadikan air rebusan yang lain.
 
3) Masukkan labu bawang besar dan buah tomato ke dalam periuk ayam.

4) Masukkan bahan-bahan tumisan ke dalam periuk ayam juga.

5) Kacau sedikit rempah yang telah dicampurkan dalam air rebusan. Tutup periuk dengan tudung. Rebuskan ayam tersebut dalam ½ jam dengan api yg sederhana kuat.

6) Selepas ½ jam, keluarkan ayam tesebut dari periuk dan susun ayam dalam bekas. Ketepikan dahulu.

Cara-Cara untuk Menyediakan Nasi

1) Masukkan bahan-bahan yang ditumis ke dalam kuali atau periuk yang lain.

2) Kemudian barulah diisikan minyak masak dalam kuali dan goreng bahan-bahan tumis sehingga naik bau dan garing.

3) Masukkan bahan-bahan yang ditumis dalam periuk air rebusan ayam yang disediakan terlebih dahulu dan masukkan garam secukupnya.

4) Masukkan serbuk jintan yg telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau dengan rata.

5) Masukkan cili merah, cili hijau, air, gula dan garam. Biarkan mendidih.

6) Cucikan beras sampai bersih (beras ini adalah warna kekuningan).

7) Masukkan beras dalam periuk air rebusan ayam tersebut dan masak seperti nasi biasa.

8) Taburkan daun yg dihiriskan, bawang goreng, kacang peas dan kismis semasa nasi telah masak.

9) Masukkan sedikit pewarna merah dan kacau dengan rata sekejap. Biarkan mendidih.

10) Tutupkan periuk dengan tudung dan perlahankan api. Nasi dimasak dengan api yang sederhana sahaja sampai hampir masak.

11) Kacau sekali lagi nasi semasa nasi hampir kering.

12) Bila nasi agak kering gemburkan nasi dan boleh dihidangkan dengan dalca sayur, sambal merah dan ayam tandoori.

Cara-Cara untuk Memasak Ayam

1) Ayam disusun dalam dulang untuk dibakar. Percikkan atas ayam dengan sedikit air sejuk, panaskan oven/ grill kepada suhu 200°C.

2) Lumurkan ayam dengan sedikit garam yang telah bercampur dengan pewarna merah. Lumurkan keseluruhanya dan juga bahagian bawah ayam.

3) Ayam yang sudah siap diletakkan dengan garam secukup rasa.

4) Masukkan ayam ke dalam oven/ grill dengan sekejap lagi kerana hendak membalikkan ayam tersebut supaya bahagian bawah juga dapat dipanaskan.

Cara-Cara untuk Menyediakan Sos Salatoh

1) Campurkan semua bahan untuk salatoh.

2) Tambahkan air dan garam secukupnya.

3) Semua bahan dikisar sekali dan akhirnya disediakan untuk campurkan dalam nasi dan ayam.

Cara-Cara untuk Menyediakan Sos Zabadi

1) Campurkan yogurt dengan timun yang dicincang halus.

2) Campurkan dengan potongan lobak merah.

3) Akhirnya, sos ini dihidangkan bersama dengan potongan timun, bawang besar, tomato dan limau nipis.

Cara masak bagi Nasi Arab adalah lebih kurang sama dengan nasi ayam, tetapi ayam akan direbus dengan bahan-bahan rempah, air rebusan dan kemudian digunakan untuk memasak nasi. Ayam tersebut pula akan dibakar. Keistimewaan Resepi Nasi Arab telah menarik perhatian pelbagai bangsa untuk mengisi perut di restoran-restoran atau cafe yang terkenal dengan makanan tersebut, samada Orang Melayu, Orang Cina dan Orang India, kadangkala termasuk juga Orang-orang Arab.

* SELAMAT MENCUBA *

Resepi Nasi Lemak Ayam Rendang


Ditulis oleh : 
Masa:
Penyediaan: 20 Minit | Memasak: 30 Minit | Keseluruhan: 50 minit
Jumlah Hidangan : 5

Bahan-Bahan:

  • 3 cawan beras
  • 3 1/2 cawan santan
  • 3 ulas bawang merah (hiris halus)
  • 2 cm halia (hiris halus)
  • garam secukup rasa
  • 2 helai daun pandan (dicarikdan simpul)
  • 2 batang kecil kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang

Cara Penyediaan:

  1. Cuci beras hingga bersih dan toskan airnya. Dalam periuk masukkan beras, santan, kayu manis, daun pandan dan bahan hiris halus (halia dan bawang merah) serta garam. Kacau rata dan masak di atas api.
  2. Kaedah rice cooker: Tekan butang dan tunggu sehinga masak. Kacau dan tutup kembali periuk.
  3. Kaedah masak atas api: Tanak sehingga mendidih dan sedikit kering.Kemudian perlahankan api dan tutup tudung periuk.
  4. Hidang bersama sambal, timun, kacang goreng, telur rebus dan ikan bilis goreng.
  5. Untuk resepi ayam rendang silarujuk di bahagian ayam


Resepi Nasi Ayam

Ditulis oleh : 
Masa:
Penyediaan: 40 Minit | Memasak: 60 Minit | Keseluruhan: 100 minit
Jumlah Hidangan : 4 orang makan

Bahan-Bahan:

Bahan untuk ayam (direbus) :
  • 1 ekor ayam dipotong 8
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 2 cm halia, ditumbuk halus
  • 1 kiub ayam
Bahan untuk ayam (diperap) :
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 cm halia, ditumbuk halus
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 1 sudu besar kicap cair
  • Sedikit madu untuk sapuan
Bahan untuk nasi:
  • 3 cawan beras
  • 4 cawan air rebusan ayam
  • 2 sudu besar butter
  • 1 cm halia ditumbuk halus
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • Sedikit garam
  • 2 bunga lawang*
  • 4 buah pelaga*
  • 1 kayu manis*
  • 1 batang serai ketuk
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit kunyit untuk warna dan aroma
Bahan untuk sos:
  • 5 biji cili merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 cawan air rebusan ayam
Bahan untuk sup:
  • Air rebusan ayam
  • 1 biji bawang besar, dikisar
  • Rempah sup bunjut
  • Garam
  • Daun sup dan daun bawang yg dihiris
Bahan untuk kuah kicap:
  • Kuah kicap perapan ayam di atas
  • Kicap manis cap kipas udang
  • Sedikit garam
  • Air rebusan ayam

Cara Penyediaan:

Cara untuk ayam:
  1. Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
  2. Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
  3. Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
  4. Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.
Cara untuk memasak nasi:
  1. Basuh beras dan tos air.
  2. Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.
Cara untuk memasak sup:
  1. Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.
Cara untuk memasak sos:
  1. Kisarkan semua bahan di atas.
  2. Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.
Cara untuk memasak kuah kicap:
  1. Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.
Tips:
Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana nanti apabila di rebus terlalu lama isi ayam akan mudah hancur ketika menggoreng.
Laksa Sarawak
By: HaSue

Bahan2 laksa(tidak terhad):
  • Bihun(yg sudah dicelur n ditoskan)
  • Isi ayam (yang digoreng lebih sedap)
  • Tauhu goreng
  • Telur dadar
  • Tauge(celur seketika)
  • Cendawan hitam(celur)
  • 300g udang(celur)
  • Telur rebus
  • Sambal belacan dan limau kasturi
Cara menyediakan sambal belacan: Kisar(menggunakan pengisar bahan kering) 3-4 tangkai cili merah+10 tangkai cili api(ikut tahap kepedasan masing2) bersama 3 sudu belacan dan sedikit garam..jika ingin menghasilkan sambal belacan lebih banyak,boleh menggunakan pengisar bahan basah..campurkan sedikit sahaja air,sekadar untuk menggerakkan mesin ye

Bahan2 kuah laksa:
  • 200g pes laksa sarawak hj manan
  • 2 liter air
  • 200g udang tanpa kulit-boleh juga dicincang
  • 2 batang serai-ketuk
  • 200ml santan pekat(hasue guna santan kotak)
  • Garam n gula/perasa secukupnya
Cara menyediakan kuah laksa:
  1. Masak 2 liter air sehingga mendidih dan celurkan udang (300g) seketika. Boleh juga rebus isi ayam tadi jika tidak suka digoreng. Toskan.
  2. Masukkan rempah laksa,serai yang diketuk dan masak sehingga mendidih. Masukkan udang(200g) untuk kuah,santan,garam,gula. Biarkan mendidih dan sebatikan rasa.
Cara Menghidang laksa sarawak: Sediakan mangkuk,masukkan bihun,dan bahan2 laksa di atasnya. Lengkapkan dengan kuah laksa dan sambal belacan. Perahkan limau kasturi dan laksa sudah sedia untuk dinikmati..


Laksa yang sedia untuk dinikmati..


Jika susah untuk mendapat pes laksa,boleh lah mencuba membuat pes laksa sendiri menggunakan resepi Dayangjack ni .

Resepi Pes Laksa Sarawak

Resepi : Dayangjack

Bahan-bahan : anggaran 200 gm

8 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
10-12 tangkai cili kering*
1 inci lengkuas*
1 sk ketumbar
1 sk jintan manis
1 sk jintan putih
3 biji buah keras*
2-3 batang serai*
1 inci belacan bakar*
1/4 cawan kacang tanah (digoreng)
1/4 cawan bijan (digoreng tanpa minyak)
sedikit garam
sedikit minyak utk menumis

Cara-cara :

Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda *.
Bahan-bahan seperti jintan manis/putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan dikisar/ditumbuk halus terlebih dahulu sebelum disatukan dengan baha-bahan bertanda *.
Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan. Tambah garam dan sedikit gula. Kacau rata-rata.
Simpan di dalam bekas yang bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk sekiranya ingin menyimpan lama.

Rasa laksa sarawak yang lemak-lemak,pedas dan sedikit masam dengan gabungan rasa bahan2 yang terdapat di dalamnya amat membuka selera ..selamat mencuba!

Resepi Murtabak Ayam


Resepi Roti Canai- (Kulit Murtabak)

sumber dari Yatie dan Ros Jintanmanis

  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 2 sudu besar marjerin
  • air+ garam ( agak-agak dlm 1 1/2 cwn)

Cara-cara :
  1. Cara utk buat kulit murtabak sama macam buat roti canai.
  2. Campur semua bahan untuk kulit murtabak dan uli hinga tidak melekat pada tangan, bila curah air yang di campur garam masukkan sedikit demi sedikit, masa ni kena pandai agak-agak ye.
  3. Uli hingga doh hingga lembut dan licin. Biarkan dlm 10 minit dan uli lagi.
  4. Bulat-bulatkan dan sapu sedikit marjerin supaya doh tak melekat antara satu sama lain, perap lah lebih kurang 2, 3 jam, nak lagi sedap biarkan semalaman.(saya perap semalaman)
BAHAN-BAHAN UTK INTI MURTABAK: 
  • 300g mince meat
  • 2 bawang besar-potong dadu
  • 3 bawang putih-potong dadu
  • 4 sb rempah kari
  • garam+gula secukup rasa
  • sayur kobis dan carrot (boleh kalau nak tambah sendiri)

**1 bawang-potong nipis2
**6 biji telur-atau secukupnya
  1. Tumis bawang besar, bawang putih yg di dadu. Masukkan mince meat dan rempah kari. Masukkan garam dan gula, masak hingga kering. Setelah siap, matikan api dan sejukkan.
  2. Bila daging sudah suam, campurkan bahan **. kacau hingga sebati.
  3. Kibarkan doh roti ( sapu minyak sedikit) atau tarik nipis2, masukkan sedikit inti, lipat dan tutup balik.
  4. Goreng dgn api perlahan hingga masak.
  5. Setelah siap, bolehlah di hidangkan bersama kuah bawang merah.

RESEPI MURTABAK DAGING 

Oleh : Zaleha Saini

BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT MURTABAK DAGING

Bahan-Bahannya: (A)
  • 500 gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil gula halus
  • 30 gm mentega
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar susu tepong
  • 50 ml air( lebih jika perlu)
  • Minyak masak untuk perap doh
Bahan inti (B)
  • 300 gm daging cincang
  • *2 ulas bawang merah
  • *2 ulas bawang putih
  • *2 sm halia
  • 1 sudu besar serbuk rempah kari daging
  • ½ sudu besar serbuk rempah bryani
  • ½ kuib stok daging
  • (* kisar semua)
  • Minyak masak
CARA-CARA UNTUK MENGULI TEPUNG
  1. Masukkan tepung , garam, gula, mentega, telur , susu tepung dan air ke dalam sebuah bekas.
  2. Uli dengan tangan hingga menjadi doh yang lembut.
  3. Bahagikan doh kepada beberapa bebola kecil.
  4. Perap doh semalam dengan minyak masak .
Bahan-Bahan lain untuk taburan(C)
  • 5 biji telur di kacau
  • 2 biji bawang besar di dadu
  • Sedikit daun sup
CARA-CARA UNTUK MEMBUAT INTI
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan kedua-dua rempah dan tumis sehingga naik minyak.
  3. Masukkan daging cincang dan masak hingga lembut .
  4. Masukkan garam dan sebuk perasa dan masaklah hingga agak kering.
CARA-CARA UNTUK MEMBUAT MURTABAK
  1. Keluarkan semua bebola kecil dan letakkan ke dalam bekas lain.
  2. Minyak itu di gunakan untuk mencanai tepung.Gunakan dulang bulat yang besar.
  3. Ambil sebiji doh dan lepirkan dengan minyak.
  4. Gunakan tangan untuk menarik tepung dengan perlahan sehingga menjadi besar keliling dulang.
  5. Taburkan sedikit inti. Tuangkan sedikit bancuhan telor ke atas doh.
  6. Taburkan bawang dadu dan sedikit daun sup
  7. Lipat keliling dan kemaskan lipatan menjadi empat persegi.
  8. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan letakkan di atas kuali.
  9. Gorenglah hingga kekuningan.

Resepi Tomyam Seafood


Bahan-bahan:
  • 7- 8 ekor udang besar/udang galah
  • 4-5 ekor sotong (dipotong bulat)
  • 1/4 batang lobak merah (dihiris/potong)
  • Segengam bunga kobis (dipotong kecil)
  • Sedikit putik jagung (dihiris serong @ dibelah memanjang)
  • 1 batang saleri (dihiris serong)
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 inci lengkuas (dititik)
  • 5 biji cili padi (diketuk)
  • 1/2 biji bawang besar (dihiris)
  • 1 biji bawang merah (saiz besar dibelah 4)
  • 1 batang serai (dititik @ dihiris serong)
  • 1 biji tomato (dibelah 4)
  • 3 sudu besar perencah tomyam paste
  • 3 biji limau kasturi (diambil jusnya) @ boleh juga guna air asam jawa
  • Sedikit sos ikan
  •  garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
  • 1 jug air (+- 1 liter)

Cara-cara:

  1. Didihkan air secukupnya untuk kuah. Masukkan semua bahan-bahan diatas kecuali udang, jus limau dan garam, gula serta serbuk perasa. Biar mendidih seketika.
  2. Masukkan udang dan sotong. Tambahkan garam, secukup rasa (maggi) dan gula (jika perlu)
  3. Akhir sekali masukkan tomato dan jus limau kasturi. 
  4. Biarkan seketika sehingga masak dan angkat.

Selamat Mencuba ..
Resepi Kari Udang

bahan-bahan :

Bawang besar 2 biji-dikisar
Bawang putih 3 ulas-dikisar
Minyak Masak
Serbuk Kari Ikan 3 Sudu Besar
Santan segar@santan kotak-100ml
Daun Kari 1 Tangkai
Gula dan Garam Secukup Rasa
Udang 500gm
Cili Giling 3 Sudu Besar
Air Tambah Ikut Suka
cara-cara


Bahan yang dikisar digaul bersama serbuk kari ikan..gaul hingga sebati. (dijadikan pes)
Panaskan minyak dan masuk kan daun kari..apabila daun kari sedikit layu,masukkan pes dan tumis sehingga naik bau.
Masukkan cili giling,sedikit gula dan garam sesedap rasa dan tumis lagi sehingga pecah minyak.
Masukkan santan dan kacau perlahan lahan sehingga pecah minyak..kemudian tambah air ikut suka.
Setelah mendidih,masukkan udang dan gaul bersama sehingga udang masak..Elakkan udang dimasak terlalu lama.
Udang kari kampung sedia dihidang

ok selamat mencuba ..

Bahan –bahan :
500gm udang
4 ulas bawang putih – cincang
6-10 biji cili padi
5 tangkai daun kari
6 sudu susu cair / susu segar
butter
sedikit garam dan gula secukup rasa
minyak untuk memasak
 
 
Cara-cara : 
1. Gaul udang terlebih dahulu dengan garam dan goreng selama beberapa minit sehingga berubah warna dan hampir masak. Jangan goreng terlalu lama agar udang tidak rosak.
2. Panaskan butter dalam kuali dan tumis bahan seperti bawang putih, daun kari dan cili padi.
3. Masukkan susu cair dan gaul seketika.
4. Masukkan udang yang telah dimasak.
5. Masukkan perasa seperti garam dan lada hitam.
Butter prawn anda telah siap :).

Resepi Ayam Percik 
Bahan bahan:

-Seekor ayam dipotong empat

Bahan-bahan Untuk Perapan:

- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- Garam


Bahan Untuk Kuah:

- 1.5 inci halia
- 5 tangkai cili kering
- 1 batang serai
- 2 pek santan pekat
- 8 ulas bawang merah
- Cebisan asam keping
- Garam dan gula


Cara-cara penyediaan:
1. Rebus atau kukus ayam terlebih dahulu untuk cepat masak. Tetapi jangan terlalu lama.
2. Campurkan bahan-bahan perapan dan kisar kesemuanya.
3. Perap kisaran bersama ayam untuk jangka masa 45 minit.
4. Bakar ayam yang telah diperap.
Penyediaan kuah :
1. Kisar kesemua bahan untuk kuah dan tumis dengan api perlahan.
2. Kacau sepanjang masa sehingga kuah menjadi pekat.
3. Perasakan dengan sedikit garam mdah gula.
4. Lumurkan sedikit kuah ke atas ayam yang sedang dibakar.
5. Ulang lumuran berulang kali agar ayam mampu menyerap kuah yang lebih banyak.
6. Dan ayam anda yang siap dibakar sedia dihidangkan.

*boleh bakar guna oven, arang atau kuali ajaib


Boleh dimakan bersama nasi putih atau begitu sahaja.

Senangkan? Selamat mencuba