Oh! Resepi

Oh! Resepi menyajikan pelbagai resepi yang sangat Enak Lagi Berkhasiat dan Follow kami @ Facebook dan dapatkan update terkini daripada #Oh! Resepi

Showing posts with label Ayam. Show all posts
Showing posts with label Ayam. Show all posts
RESEPI NASI AYAM PENYET
Bahan-bahannya :
  • 4 ketul ayam (lebih sedap bahagian peha)
  • 6 ulas bawang merah#
  • 2 ulas bawang putih#
  • 1 labu bawang besar#
  • 3 sudu ketumbar*
  • 1 sudu jintan manis*
  • 1 sudu jintan putih*
  • 1 inci kunyit hidup#
  • 2 inci halia#
  • 3 batang serai (Ditik memanjang hingga bercerai)
  • 1 inci lengkuas#
  • 2 biji cili merah#
  • 2 biji buah keras#
  • 2 sudu besar santan#
  • 2 sudu gula merah#
  • garam secukup rasa#
Cara-caranya :
  1. Sangai bahan yang bertanda * dan tumbuk halus. Sapukan pada ayam dan tahu serta tempe.
    (Sebaiknya ayam di kelar sedikit supaya bumbunya menyerap)
  2. Satukan dan kisar semua bahan yang bertanda #.
  3. Lumurkan pada ayam dan tempe serta tahu. Taburkan serai yg dititik dan gaul rata.
  4. Perap sekurang-kurangnya 30 minit.
  5. Goreng ayam dalam minyak penuh.
Bahan Sedak :
  • 3 sudu besar tepung beras
  • sedikit putih telur
  • garam
  • air dari perapan ayam.
Cara sediakan bahan serdak :
  1. Satukan kesemua bahan dan kacau rata. Batter haruslah spt untuk menggoreng pisang kecairannya.
  2. Titiskan pada minyak panas dan goreng garing. Angkat dan toskan.
Sambal ayam penyet :
  • 6 Biji cili merah
  • 5biji cili padi (tambahkan jika perlu)
  • 6 ulas bawang merah
  • 11/2 inci belacan
  • 2 biji tomato
  • segenggam ikan bilis goreng
  • Garam dan gula secukup rasa.
Cara sediakan sambal ayam penyet :
  1. Hiris bawang,cili dan tomato kasar-kasar.
  2. Goreng belacan di dalam sedikit minyak. Angkat.
  3. Goreng pula cili, bawang dan tomato. Angkat.
  4. Tumbuk atau kisar kesemua bahan. Siap
Sedia untuk dihidangkan.

Resepi Murtabak Ayam


Resepi Roti Canai- (Kulit Murtabak)

sumber dari Yatie dan Ros Jintanmanis

  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 2 sudu besar marjerin
  • air+ garam ( agak-agak dlm 1 1/2 cwn)

Cara-cara :
  1. Cara utk buat kulit murtabak sama macam buat roti canai.
  2. Campur semua bahan untuk kulit murtabak dan uli hinga tidak melekat pada tangan, bila curah air yang di campur garam masukkan sedikit demi sedikit, masa ni kena pandai agak-agak ye.
  3. Uli hingga doh hingga lembut dan licin. Biarkan dlm 10 minit dan uli lagi.
  4. Bulat-bulatkan dan sapu sedikit marjerin supaya doh tak melekat antara satu sama lain, perap lah lebih kurang 2, 3 jam, nak lagi sedap biarkan semalaman.(saya perap semalaman)
BAHAN-BAHAN UTK INTI MURTABAK: 
  • 300g mince meat
  • 2 bawang besar-potong dadu
  • 3 bawang putih-potong dadu
  • 4 sb rempah kari
  • garam+gula secukup rasa
  • sayur kobis dan carrot (boleh kalau nak tambah sendiri)

**1 bawang-potong nipis2
**6 biji telur-atau secukupnya
  1. Tumis bawang besar, bawang putih yg di dadu. Masukkan mince meat dan rempah kari. Masukkan garam dan gula, masak hingga kering. Setelah siap, matikan api dan sejukkan.
  2. Bila daging sudah suam, campurkan bahan **. kacau hingga sebati.
  3. Kibarkan doh roti ( sapu minyak sedikit) atau tarik nipis2, masukkan sedikit inti, lipat dan tutup balik.
  4. Goreng dgn api perlahan hingga masak.
  5. Setelah siap, bolehlah di hidangkan bersama kuah bawang merah.

Resepi Ayam Percik 
Bahan bahan:

-Seekor ayam dipotong empat

Bahan-bahan Untuk Perapan:

- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- Garam


Bahan Untuk Kuah:

- 1.5 inci halia
- 5 tangkai cili kering
- 1 batang serai
- 2 pek santan pekat
- 8 ulas bawang merah
- Cebisan asam keping
- Garam dan gula


Cara-cara penyediaan:
1. Rebus atau kukus ayam terlebih dahulu untuk cepat masak. Tetapi jangan terlalu lama.
2. Campurkan bahan-bahan perapan dan kisar kesemuanya.
3. Perap kisaran bersama ayam untuk jangka masa 45 minit.
4. Bakar ayam yang telah diperap.
Penyediaan kuah :
1. Kisar kesemua bahan untuk kuah dan tumis dengan api perlahan.
2. Kacau sepanjang masa sehingga kuah menjadi pekat.
3. Perasakan dengan sedikit garam mdah gula.
4. Lumurkan sedikit kuah ke atas ayam yang sedang dibakar.
5. Ulang lumuran berulang kali agar ayam mampu menyerap kuah yang lebih banyak.
6. Dan ayam anda yang siap dibakar sedia dihidangkan.

*boleh bakar guna oven, arang atau kuali ajaib


Boleh dimakan bersama nasi putih atau begitu sahaja.

Senangkan? Selamat mencuba
Bahan2.. (15-20 biji sederhana besar)

7 biji ubi kentang ( Di kupas kulit, di potong empat dan direbus sehingga empuk)
200 gram ayam cincang (If nak cincang ayam sendiri pun boleh. Saya potong dada ayam je kecil2.. hihi)
Serumpun daun sup- Dipotong (Terpulang nak letak byk mane)
4 sudu bsr bawang goreng
1 sudu kecil serbuk lada putih
Secubit garam

Cara-cara pula..


Semua bahan2 dicampurkan..

Gaul sehingga sebati jadi doh cam gini yer.. 

Buat bulat2 doh tadi..


Cantik tak bulatnye.. Hehehe

Tekan sikit yang ditengah sebab kebnyakkan begedil tak bulat cm leper sikit..

Jadilah cam gini.. Ok tak? ^_<

Susun dalam bekas untuk sedia digoreng..


Jgn lupa celup telur dulu yer sebelum goreng..

* Saya guna sebiji telur sahaja + secubit garam


Proses menggoreng bermula.. Gunakan api yang sederhana dan selalu gerakkan ia supaya tidak hitam..

Toskan minyak seketika sebab ia suka meresap minyak..


Sedia untuk dihidang!!.. Urmmmm.. mmg simple dan sedapppp




TADAAA!!!!.. 


Sgt sedap makan bersama bihun sup!.. 

SELAMAT MENCUIBA~~
Just simple resepi dan semua boleh try yer..

Bahan2 (utk 3 org makan)

1 cup beras
2 ketul ayam
1/2 kiub pati ayam
bwg putih
halia

hiasa- ikan bilis, daun sup, cili dan bwg goreng

Cara2..

- Masak nasi terlebih dahulu dengan masukkan air terlebih drpda masak nasi mcm selalu. ini sebabnye nak bagi lah nasi tu lembik dan senang pecah..

Biar lembik cmni utk senang nak pecahkan bg hancur xlah berbiji2 mcm nasi biasa.. Hehehe

- kemudian, buat lah sup biasa jew.. tumiskan bwang putih, letak halia ngn pati ayam.. Biarkan ia mendidih bersama ayam bagi masak.. Jgn lupa letak bahan perasa nnti tak sedap pula yer.. ^_^

Tengok sup saya sgt simple je kan. Jnji sedap di lidah kita sudah lerr.. Hehehe

- Selepas masak, keluarkan ayam tadi untuk dicarik2 isinye. Air sup tersebut di masukkan ke dalam nasi tadi dan biarkan ia sebati dan kacau sehingga ia pekat serta nasi menjadi halus (pecah).

Mcm ni ha satukan dan kacau ye.. 

- Boleh la sediakan bahan hiasan.. Xde bahan hiasan tak sedap jugak bubur ni tau.. X berbangkit.. :D



TADAAA!!!.. Dah siap pun.. ready nak ngap.. Hheehe..




SELAMAT MENCUBA!!
~simple janji sedapp!!~
Resipi Ayam Bakar Cara Cina

Resepi Ayam Bakar Cara Cina

Bahan-bahan :

1 ekor ayam dipotong lapan
1 sudu besar gula
6 kuntum cendawan hitam
3 tangkai daun bawang
2 sudu besar mentega
Garam dan lada sulah secukup rasa
Halia secukupnya (dicincang halus)
2 cawan air rebusan ayam

Cara Menyediakan :

1. Ayam dilumur dengan garam dan lada sulah
2. Tuangkan air rebusan ayam dalam mangkuk tahan panas dan masukkan ayam. Taburkan gula, halia dan masukkan mentega.
3. Hiris cendawan hitam dan potong daun bawang. Taburkan bahan tersebut di atas ayam.
4. Bakar dalam ketuhar yang bersuhu 200°C selama 20 minit.
5. Kemudian sudukan air rebusan serta mentega cair di atas ayam dan bakar lagi selama 15 minit.

Selamat Mencuba!

Resipi Ayam Daun Kari

Resepi Ayam Daun Kari

Bahan-bahan :

1 ekor ayam (dipotong 12)
6 ulas bawang merah (dikisar)
4 ulas bawang putih (dikisar)
3 cm halia (dikisar)
10 tangkai cili merah (dikisar)
1 tangkai daun kari
½ cawan air asam jawa
Serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Cara Menyediakan :

1. Bersihkan ayam dan gaul dengan garam dan kunyit. Kemudian goreng separuh masak.
2. Panaskan kuali dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
3. Masukkan daun kari, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Gaul rata.
4. Apabila mendidih, masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
5. Gaul rata dan biarkan ayam masak dan air tumisan kering.

Selamat Mencuba!

Resipi Ayam Masak Pedas Manis

Resepi Ayam Masak Pedas Manis

Bahan-bahan :

Bahan perap :
500g ayam
4 ulas bawang putih (dikisar)
3 cm halia (dikisar)
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu besar serbuk kari

Bahan sos :
1 ½ sudu besar cili kisar
1 sudu besar minyak masak
3 sudu besar gula
3 ulas bawang putih (dihiris)
2 labu bawang besar (dihiris)
Sedikit air
Garam secukup rasa

Cara Menyediakan :

1. Cuci ayam dan tuskan airnya. Kemudian perapkan dengan bahan perap selama 30 minit.
2. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
3. Untuk menyediakan sosnya, panaskan minyak. Tumiskan bawang putih dan bawang besar. Masukkan cili kisar dan tuangkan sedikit air. Kemudian masukkan gula, tambahkan garam secukup rasa. Biarkan mendidih seketika.
4. Kemudian masukkan ayam. Masak sehingga kuah menjadi pekat.

Selamat Mencuba!

Resipi Ayam Masak Kalio

Resepi Ayam Masak Kalio

Bahan-bahan :

400g ayam (dipotong sederhana)
200g cili merah (buang bijinya)
2 sudu besar cili kering kisar
250 ml santan
1 helai daun kunyit (dimayang)
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar :
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
1 batang serai
20g kunyit hidup

Cara Menyediakan :

1. Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar. Tumis hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan cili merah dan cili kering kisar. Tumis sehingga garing.
3. Masukkan ayam dan gaulkan sehingga sebati. Selepas itu, masukkan santan, garam dan gula secukup rasa. Masukkan sedikit air dan masak sehingga kuah menjadi pekat. Biarkan lebih kurang setengah jam.
4. Setelah masak, hiaskan dengan daun kunyit.

Selamat Mencuba!

Resipi Ayam Kari Kapitan

Resepi Ayam Kari Kapitan

Bahan-bahan :

600g ayam
4 sudu besar minyak masak
2 labu bawang besar (dihiris)
2 biji limau nipis (diambil jusnya)
2 cawan santan pekat
Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar :
10 tangkai cili merah
10 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
30g kunyit hidup
5 biji buah keras
20g belacan
3 batang serai

Cara Menyediakan :

1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga kekuningan.
2. Campurkan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan ayam dan gaul rata selama beberapa minit.
4. Tuangkan santan dan masak dengan api perlahan sehingga ayam empuk.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa, kacau rata.
6. Setelah mendidih, masukkan jus limau nipis dan kacau lagi. Biarkan ia mereneh seketika.

Selamat Mencuba!

Daging Ayam Tempra

Resepi Ayam Tempra

Bahan-bahan :

500g ayam (dipotong kecil)
4 ulas bawang merah (dihiris)
4 tangkai cili merah (dihiris)
1 biji limau nipis (diambil jusnya)
2 sudu besar gula
4 sudu besar kicap pekat
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa

Cara Menyediakan :

1. Bersihkan ayam dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah sehingga kekuningan.
3. Kemudian masukkan ayam dan cili merah. Masak sehingga ayam separuh masak.
4. Selepas itu masukkan kicap pekat, gula dan jus limau nipis.
5. Tutup dan biarkan ayam empuk. Tambahkan garam secukup rasa.

Selamat Mencuba!

Resipi Ayam Kong Poh

Resepi Ayam Kong Poh

Bahan-bahan :

200g isi ayam (dihiris)
5 cm halia (dihiris halus)
½ tangkai cili merah (dipotong dadu)
½ tangkai cili hijau (dipotong dadu)
1 tangkai daun bawang (dipotong 2 cm)
2 ulas bawang putih (dimayang halus)
½ labu bawang besar (dipotong dadu)
2 tangkai cili kering (dipoton 2 cm)
1 sudu kecil sos ikan
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar sos tiram
Secubit lada sulah
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa

Cara Menyediakan :

1. Panaskan minyak dan tumiskan halia dan bawang putih sehingga kekuningan.
2. Masukkan ayam dan masak sehingga ayam empuk. Kemudian masukkan cili kering dan kacau sehingga garing.
3. Masukkan pula cili merah, cili hijau, daun bawang, bawang besar, sos ikan, sos tiram, minyak bijan, lada sulah dan garam secukup rasa. Kacau sehingga sebati.

Selamat Mencuba!