Oh! Resepi

Oh! Resepi menyajikan pelbagai resepi yang sangat Enak Lagi Berkhasiat dan Follow kami @ Facebook dan dapatkan update terkini daripada #Oh! Resepi

Showing posts with label Minuman. Show all posts
Showing posts with label Minuman. Show all posts
Carrot Susu

Bahan-bahan ( 1 gelas sahaja )
1 batang lobak merah ( saiz kecil )
1 gelas air masak
2 sudu susu pekat
Gula secukup rasa
Beberapa ketul ais
Cara buat:
1. Basuh lobak dan hiris. Kisar dengan 1 gelas air dan sedikit gula jika mahu.
2. Tapis ke dalam gelas. Masukkan susu pekat dan kacau.
3. Masukkan ketul ais. Dah sedia untuk diminum.
COCONUT SHAKE

Bahan-bahannya:

1 gelas air kelapa muda
3 sudu isi kelapa muda
1 scoop ais krim vanila 
sedikit air batu

Cara menyediakan:
1. Masukkan semua bahan tadi kedalam pengisar, kisarkan semua bahan hingga bahan kelihatan berbuih. kisar hingga hancur. 
2. Tuang ke dalam gelas. Untuk hiasan, boleh letak satu scoop aiskrim atau serbuk kopi/koko di atas minuman yang siap terhidang.


Penyediaan di atas sesuai untuk dua cawan hidangan.Anda boelh adjust sukatan ikut nafsu anda,,Hehe,,

RESEPI AIR BATU CAMPUR


Oleh : NUR JANNAH

BAHAN UNTUK MEMBUAT AIR BATU CAMPUR
  • Air gula warna merah secukupnya
  • Air gula perang secukupnya
  • 3 gelas penuh ais kiub
  • 1 scoop aiskrim
  • Susu pekat manis secukupnya
  • susu cair secukupnya

BAHAN TAMBAHAN
  • 1 sudu besar kacang tanah
  • 1 sudu kecil buah kabong
  • 1 sudu kecil jagung manis
  • 1 sudu kecil cendol
  • 1 sudu kecil kacang merah
  • 1 sudu kecil cincau dicincang
CARA-CARA UNTUK MEMBUAT AIR BATU CAMPUR
  1. Masukkan Bahan Tambahan kedalam mangkuk.
  2. Masukkan ais kiub dalam mesin pengisar. Kisar sehingga halus. (tindih atas bahan tambahan)
  3. Tuangkan ais yang telah hancur ke dalam mangkuk berisi bahan tambahan tadi.
  4. kemudian siramkan ais ini dengan air gula merah,air gula perang,susu cair serta susu pekat.
  5. Hiaskan dengan aiskrim di puncaknya.
  6. Siap utk hidangan.

RESEPI MINUMAN PEAR & GREEN APPLE SMOOTHIES
Oleh : Salami Simon

BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT MINUMAN PEAR & GREEN APPLE SMOOTHIES
  • 2 biji buah pear – cuci bersih dan potong dadu
  • 3 biji buah epal hijau – cuci bersih dan potong dadu
  • 200ml yogurt asli – boleh kurangkan kuantiti jika tidak suka rasa masam sebab epal hijau sudah ada rasa masam
  • 100ml susu segar
  • 2 sudu makan gula pasir

CARA-CARA UNTUK MEMBUAT MINUMAN PEAR & GREEN APPLE SMOOTHIES
  1. Sejuk bekukan buah pear dan epal hijau selama 2 jam.
  2. Masukkan buah pear dan epal hijau, yogurt asli, susu segar dan gula pasir ke dalam pengisar.
  3. Kisar hingga halus dan lembut.
  4. Tuangkan ke dalam gelas.
  5. Sedia untuk dinikmati.