Oh! Resepi

Oh! Resepi menyajikan pelbagai resepi yang sangat Enak Lagi Berkhasiat dan Follow kami @ Facebook dan dapatkan update terkini daripada #Oh! Resepi

Showing posts with label Roti. Show all posts
Showing posts with label Roti. Show all posts

Resepi Murtabak Ayam


Resepi Roti Canai- (Kulit Murtabak)

sumber dari Yatie dan Ros Jintanmanis

  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 2 sudu besar marjerin
  • air+ garam ( agak-agak dlm 1 1/2 cwn)

Cara-cara :
  1. Cara utk buat kulit murtabak sama macam buat roti canai.
  2. Campur semua bahan untuk kulit murtabak dan uli hinga tidak melekat pada tangan, bila curah air yang di campur garam masukkan sedikit demi sedikit, masa ni kena pandai agak-agak ye.
  3. Uli hingga doh hingga lembut dan licin. Biarkan dlm 10 minit dan uli lagi.
  4. Bulat-bulatkan dan sapu sedikit marjerin supaya doh tak melekat antara satu sama lain, perap lah lebih kurang 2, 3 jam, nak lagi sedap biarkan semalaman.(saya perap semalaman)
BAHAN-BAHAN UTK INTI MURTABAK: 
  • 300g mince meat
  • 2 bawang besar-potong dadu
  • 3 bawang putih-potong dadu
  • 4 sb rempah kari
  • garam+gula secukup rasa
  • sayur kobis dan carrot (boleh kalau nak tambah sendiri)

**1 bawang-potong nipis2
**6 biji telur-atau secukupnya
  1. Tumis bawang besar, bawang putih yg di dadu. Masukkan mince meat dan rempah kari. Masukkan garam dan gula, masak hingga kering. Setelah siap, matikan api dan sejukkan.
  2. Bila daging sudah suam, campurkan bahan **. kacau hingga sebati.
  3. Kibarkan doh roti ( sapu minyak sedikit) atau tarik nipis2, masukkan sedikit inti, lipat dan tutup balik.
  4. Goreng dgn api perlahan hingga masak.
  5. Setelah siap, bolehlah di hidangkan bersama kuah bawang merah.

RESEPI MURTABAK DAGING 

Oleh : Zaleha Saini

BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT MURTABAK DAGING

Bahan-Bahannya: (A)
  • 500 gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil gula halus
  • 30 gm mentega
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar susu tepong
  • 50 ml air( lebih jika perlu)
  • Minyak masak untuk perap doh
Bahan inti (B)
  • 300 gm daging cincang
  • *2 ulas bawang merah
  • *2 ulas bawang putih
  • *2 sm halia
  • 1 sudu besar serbuk rempah kari daging
  • ½ sudu besar serbuk rempah bryani
  • ½ kuib stok daging
  • (* kisar semua)
  • Minyak masak
CARA-CARA UNTUK MENGULI TEPUNG
  1. Masukkan tepung , garam, gula, mentega, telur , susu tepung dan air ke dalam sebuah bekas.
  2. Uli dengan tangan hingga menjadi doh yang lembut.
  3. Bahagikan doh kepada beberapa bebola kecil.
  4. Perap doh semalam dengan minyak masak .
Bahan-Bahan lain untuk taburan(C)
  • 5 biji telur di kacau
  • 2 biji bawang besar di dadu
  • Sedikit daun sup
CARA-CARA UNTUK MEMBUAT INTI
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan kedua-dua rempah dan tumis sehingga naik minyak.
  3. Masukkan daging cincang dan masak hingga lembut .
  4. Masukkan garam dan sebuk perasa dan masaklah hingga agak kering.
CARA-CARA UNTUK MEMBUAT MURTABAK
  1. Keluarkan semua bebola kecil dan letakkan ke dalam bekas lain.
  2. Minyak itu di gunakan untuk mencanai tepung.Gunakan dulang bulat yang besar.
  3. Ambil sebiji doh dan lepirkan dengan minyak.
  4. Gunakan tangan untuk menarik tepung dengan perlahan sehingga menjadi besar keliling dulang.
  5. Taburkan sedikit inti. Tuangkan sedikit bancuhan telor ke atas doh.
  6. Taburkan bawang dadu dan sedikit daun sup
  7. Lipat keliling dan kemaskan lipatan menjadi empat persegi.
  8. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan letakkan di atas kuali.
  9. Gorenglah hingga kekuningan.

Resepi Roti John

Bahan-bahan ( 6 biji )

6 buku roti hotdog
* INTI *
150 gm daging cincang
150 gm kentang di potong dadu
1/2 labu bawang besar di potong dadu
2 biji bawang puting cincang halus
1 sk serbuk cili
2 sb serbuk kari
daun sup cincang halus, sedikit garam n gula
* BATTER *

100 gm tepung gandum
1 sb tepung beras
1/2 sk baking powder
2 sb telur (dlm 1/2 biji)
180 ml air
1 sb serbuk ketumbar jintan (optional)
sedikit lada sulah n garam

Cara-cara

Untuk inti: tumis bwg besar n bwg putih hingga kekuningan. Masukkan serbuk cili n serbuk kari, tumis 
garing. Masukkan daging cincang dan kentang. Kacau rata biar masak kering. Bila siap letak daun sup dan kacau... (mcm buat inti biasa)

Untuk batter: Campur semua bahan, kacau hingga sebati n ketepikan...

Potong roti kat tgh2 (mcm nak buat hotdog). Sumbat inti kat dlm roti. Celup roti dlm bancuhan batter n goreng.. Pastikan semua roti tersalut dgn bancuhan batter. Goreng dlm minyak panas cara deep fry.

Siap boleh dihidang dgn sos n mayonis.....

Selamat Mencuba ..

RESEPI ROTI CANAI LEMBUT

Bahan-Bahan untuk Resepi Roti Canai
(Sesuai untuk 5-6 orang)

1 kg tepung gandum 

1 sudu besar gula 

1 sudu besar garam 

2 sudu besar susu pekat 

1 biji telur 

1 ½ cawan air 

1 sudu besar mentega/ marjerin 



Cara-Cara untuk Membuat Roti Canai


1) Campurkan susu, garam, gula, telur ke dalam air di dalam bekas. Kacau sehingga semua bahan larut. 

2) Masukkan tepung dan uli sehingga lembut dan lengan terasa mengecil 2 inci dari saiz asal. 

3) Menguli sehingga menjadi doh, rehatkan doh selama 10 min. 

4) Uli lagi selama 6 minit -8 minit (Ulangi langkah ini sebanyak 3 kali –uli dan rehatkan doh).

5) Sehingga doh menjadi kenyal dan tidak melekat. Jangan risau kalau proses pertama terasa doh melekat di tangan. Kalau ianya masih lembik lagi selepas kali kedua uli dan rehat, tambahlah sedikit tepung (1 sudu besar). 

6) Bentukkan doh tersebut menjadi bebola kepada 20 biji dan salut dengan mentega atau marjerin. Perap selama 3 jam atau lebih. 

7) Ambil 4 biji, nipiskan sebesar piring, ketepikan selama 5 min untuk menggelakkan mengecut semasa ditebar. 

8) Ambil satu keping yang telah dinipiskan dan diperap, bolehlah ditebar atau ditarik untuk mengelakkan koyak. Tangan mesti sentiasa berminyak, apabila doh cukup nipis, renjiskan banyak sikit minyak dan lipat. Kalau kurang minyak, doh mudah kering dan mudah terkotak di tengah-tengah. 

9) Panaskan pan dengan api sederhana. Letakkan sedikit minyak dan masak sehingga perang sambil terbalikkan roti. 

10) Doh Roti Canai ini boleh disimpan dalam peti ais sehingga 2 hari. 

Tips: Jangan uli doh tersebut sehingga menjadi terlalu kenyal kerana akan menyebabkan roti susah nak ditebar dan keras. 

RESEPI ROTI JALA

By : LiNa Pg

Bahan-Bahan:

2 cawan tepung gandum
2 cawan cecair (LiNa Pg gn 1/2 cwn susu cair+11/2 cawan air)
1 sk garam
1 biji telur
2 sb minyak masak/butter cair

Cara-cara membuatnya :

-Satukan semua bahan ke dalam blender dan blend sebati
-Masukkan pewarna kegemaran.Masukkan adunan ke dalam acuan roti jala
-Panaskan kuali non-stick pan
-Kirai/jalan adunan ke atas non-stick pan, biarkan selama 1minit (hingga masak).Kemudian    angkat.Lipat/gulung
-Sedap di makan bersama GULAI AYAM.

Selamat Mencuba ..
Jalan lupa like dan share resepi Oh! Resepi ni ye ..
BAHAN BAHAN
(12 ketul saiz sederhana)

bahan filling
50g mentega - disuhu bilik
50g cream cheese - disuhu bilik (ABM tambah)
sedikit esen vanilla
50g gula perang (light brown sugar)

bahan topping
50g mentega - disuhu bilik
40g gula icing
1 biji telur - dipukul sedikit
1 1/2 sudu besar kopi (ABM guna espresso) - dibancuh 1 sudu besar air
50g tepung gandum

bahan doh roti
250g tepung gandum / tepung roti
35g gula kastor
secubit garam
1 sudu kecil bread improver - ABM tambah
1 1/2 sudu kecil yis kering
1/2 biji telur - dipukul sedikit
135ml susu segar - disuamkan lebih kurang 45℃
30g mentega - disuhu bilik


CARA CARA

filling
1. Masukkan mentega dan cream cheese didalam mangkuk dan pukul sehingga sebati lebih kurang 3 minit.
2. Masukkan gula perang dan vanilla dan pukul sebati.
3. Masukkan kedalam mangkuk kecil dan wrapkan. Letakkan didalam freezer supaya inti beku dan mudah untuk proses memasukkan inti dalam doh.

topping.
1. Masukkan mentega dan gula icing kedalam mangkuk. Pukul sehingga kembang lebih kurang 5 minit.
2. Masukkan telur dan kopi sedikit demi sedikit. Pukul sebati.
3. Masukkan tepung gandum dan pukul rata. Bila dah ok, masukkan kedalam piping bag dan letakkan kedalam fridge sebelum digunakan.

doh roti
1. Didalam cawan berisi susu segar, masukkan yis dan sedikit gula. Kacau dan biarkan 5 minit utk yis aktif. Nak tahu yis aktif ke tidak, yis akan berbuih di permukaan air.
2. Didalam mixer (nak guna tangan pon bole), masukkan tepung, lebihan gula, garam dan bread improver. Gaul sehingga campuran sebati.
3. Gunakan kelajuan sederhana, masukkan campuran susu tadi dan juga telur sedikit demi sedikit. Uli selama 8 minit (jika guna tangan lebih kurang 10-15 minit). 
4. Jika doh terlalu lembik, masukkan sedikit lagi tepung dan uli. Ulang sehingga mendapat doh yg sempurna.
5. Kemudian, masukkan mentega dan uli sehingga doh menjadi licin dan lembut lebih kurang 5 minit.
6. Bahagikan doh sebanyak 12 bahagian (+-50g setiap satu) dan bulat2 kan. Letak diatas tray pembakar dilapik dengan baking paper. Tutup dengan kain dan perap selama 10 minit.

penyediaan

1. Ambil doh yg diperap tadi.
2. Ambil pula inti didalam freezer tadi. Bila dah keras, mudahlah untuk dibahagikan.
3. Ambil doh tadi dan leperkan. Kemudian, masukkan inti kedalamnya.
4. Tutup semula doh dengan kemas. Pastikan tutup dengan rapat. Jika tidak, inti akan meleleh keluar. Buat sehingga habis.
5. Perap dengan dilapik kain selama 40-45 minit.
6. Bila dah doh kembang, paipkan topping diatasnya (rujuk gambar).
7. Masukkan doh yg dah siap dipaip topping tadi kedalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 170℃. Bakar selama 15-20 minit. ABM bakar selama 17 minit. Ikut oven masing2.
8. Sejukkan seketika sebelum dimakan.

ENJOY! 


RESEPI BOLU GULUNG PANDAN
Oleh : Ayi Alhamrah

BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT BOLU GULUNG PANDAN
  • 70 gram tepung protein sedang
  • 8 kuning telur 3 putih telur
  • 100 gram gula pasir
  • 10 gram susu tepung
  • 50 gram margarin, lelehkan
  • 25 gram unsalted butter / butter tanpa garam, dicairkan
  • 1 sudu teh pes pandan
  • Beberapa titik pewarna hijau muda
  • buttercream atau jem secukupnya
CARA-CARA UNTUK MEMBUAT BOLU GULUNG PANDAN
  1. Pukul telur dan gula hingga mengembang dan kental
  2. Masukkan tepung dan susu tepung, aduk hingga tercampur rata.
  3. Tuang marjerin dan butter yang dicairkan, aduk rata.
  4. Tambah pes pandan dan pewarna hijau, aduk rata
  5. Tuang adunan dalam loyang saiz 26x26x4 cm yang sudah dioles margarin dan bersalut kertas roti.
  6. Panggang dalam oven dengan suhu 180-190 darjah celsius selama 20 minit atau hingga matang.
  7. Saat kue matang dan sudah tidak terlalu panas, siapkan kertas roti lebar, lebih lebar dari saiz loyang.
  8. Balikkan bolu di atas kertas roti tersebut.
  9. Moms boleh memberi lapisan buttercream atau jem pada lapisan yang halus (bukan lapisan kecokelatan). Boleh juga anda memberi olesan di bahagian lapisan kecokelatan jika ingin mendapat permukaan bolu yang berwarna hijau.
  10. Gulung bolu dengan bantuan kertas roti dan kunci atau tahan dengan sebuah benda agar kuih tidak terlepas.Diamkan hingga bolu sejuk.
  11. Selepas bolu sejuk, buka perlahan kertas roti. Potong-potong, sajikan. Selamat Cuba

Bahan-bahan

  • 4 keping roti
  • 2 biji telur 
  • 2 1/2 sudu  gula 
  • 1 sudu mentega  
  • 200ml susu segar  
  • 1 sudu kecil cinnamon powder 
  •  esen vanilla
  • 2 sudu kismis
  • chocolate syrup Hershey's -optional

Cara-cara

    1. Pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan mentega dan susu. Gaul sehingga rata.
    2. Masukkan cinnamon powder dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.
    3. Carikkan roti dan masukkan ke dalam adunan. Biar semua roti tenggelam.
    4. Masukkan kismis dan gaul sehingga rata.
    5. Masukan adunan ke dalam acuan muffin yang telah dileset minyak
    6. Panaskan oven kemudian masak sekitar 10-15 minit.
    7. Bila sejuk, letakkan  chocolate syrup Hershey's.

    ini dia kek batik,paling senang nak buat kan?

    bahan-bahan:
    250g butter
    2 cawan milo
    3/4 susu pekat
    1 paket biskut marie (patah-patah kan)

    cara nk buat:

    Panas kan butter sehingga cair
    Setelah semua butter cair, masukkan susu pekat dan kacau
    Masuk kan milo, kacau perlahan-lahan, dengan api yang sederhana, pastikan milo tidak terlalu berketul-ketul
    Kemudian masukkan biskut marie
    Kacau sehingga rata, pastikan semua biskut marie bersalut dengan milo
    Kemudian tutup api, biarkan seketika (1minit)
    Masuk kan dalam acuan yang anda telah sediakan
    Masukkan ke dalam peti sejuk selama 20-30minit
    Potong dan sedia di hidangkan

    TAPI kalau ada yang nk kongsi cara lain anda buat kek batik ni boleh je share di sini,mana lah tahu anda ada letak bahan lain ke?meh kongsi
    http://resepicheff.blogspot.com/search/label/Puding

    Bahan-bahan :
    • 6 keping roti  dipotong kecil-kecil
    • 375ml susu cair
    • 2 biji telur
    • 3 sudu  gula
    • 1 sudu teh esen vanilla
    • 1 sudu  butter cup
    • kismis
    Cara-cara:
    1. Gaul gula, telur dan esen vanilla, kacau rata. Masukkan pula susu cair serta kacau hingga sebati. 
    2. Roti disapu dengan butter dan disusun dalam loyang. 
    3. Adunan  tadi dituang ke atas roti dan bolehlah diletakkan kismis 
    4. Kukus  selama 25 minit dengan api sederhana. 
    5. Apabila sudah masak, sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan...