Oh! Resepi

Oh! Resepi menyajikan pelbagai resepi yang sangat Enak Lagi Berkhasiat dan Follow kami @ Facebook dan dapatkan update terkini daripada #Oh! Resepi

Showing posts with label Seafood. Show all posts
Showing posts with label Seafood. Show all posts

Resepi Tomyam Seafood


Bahan-bahan:
  • 7- 8 ekor udang besar/udang galah
  • 4-5 ekor sotong (dipotong bulat)
  • 1/4 batang lobak merah (dihiris/potong)
  • Segengam bunga kobis (dipotong kecil)
  • Sedikit putik jagung (dihiris serong @ dibelah memanjang)
  • 1 batang saleri (dihiris serong)
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 inci lengkuas (dititik)
  • 5 biji cili padi (diketuk)
  • 1/2 biji bawang besar (dihiris)
  • 1 biji bawang merah (saiz besar dibelah 4)
  • 1 batang serai (dititik @ dihiris serong)
  • 1 biji tomato (dibelah 4)
  • 3 sudu besar perencah tomyam paste
  • 3 biji limau kasturi (diambil jusnya) @ boleh juga guna air asam jawa
  • Sedikit sos ikan
  •  garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
  • 1 jug air (+- 1 liter)

Cara-cara:

  1. Didihkan air secukupnya untuk kuah. Masukkan semua bahan-bahan diatas kecuali udang, jus limau dan garam, gula serta serbuk perasa. Biar mendidih seketika.
  2. Masukkan udang dan sotong. Tambahkan garam, secukup rasa (maggi) dan gula (jika perlu)
  3. Akhir sekali masukkan tomato dan jus limau kasturi. 
  4. Biarkan seketika sehingga masak dan angkat.

Selamat Mencuba ..
Resipi Sotong Bakar Berempah

Resepi Sotong Bakar Berempah

Bahan-bahan :

250g sotong
2 sudu besar cili kering yang dikisar
1 sudu besar udang kering
1 sudu kecil sos tiram
1 sudu besar jus limau nipis
2 ulas bawang putih (diketuk)
Aluminium foil
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara Menyediakan :

1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan cili kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan udang kering, sos tiram, garam dan gula secukup rasa. Kacau rata.
3. Masukkan jus limau, sesuaikan rasa dan masak sehingga pekat. Matikan api.
4. Sediakan aluminium foil, tuangkan bahan yang telah dimasak bersama sotong dan lipat kemas.
5. Kemudian panggang selama 15 minit.


Selamat Mencuba!

Resipi Sotong Goreng Tomyam


Resepi Sotong Goreng Tomyam

Bahan-bahan :

Bahan A
1 kg sotong (direbus)
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
20 tangkai cili padi
3 tangkai cili merah
2 tangkai cili hijau
2 batang serai
Minyak masak secukupnya

Bahan B
50g cili kisar
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
2 kuntum bunga kantan

Cara Menyediakan :

1. Kisar bahan A kecuali sotong.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga separuh masak.
3. Setelah itu masukkan bahan B.
4. Kemudian masukkan sotong dan gaul rata. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Angkat setelah kuahnya menjadi pekat.

Selamat Mencuba!

Resipi Sotong Szechuan


Resepi Sotong Szechuan

Bahan-bahan :

Bahan A :
300g sotong (direbus)
30g cili kering
50g halia (dihiris)
½ labu bawang besar (dipotong dadu)
1 ulas bawang putih (dicincang)
Daun bawang
Minyak masak secukupnya
Sedikit air
70g gajus goreng

Bahan B :
½ sudu besar kicap pekat
½ sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos cili
½ sudu besar sos tiram
½ sudu kecil tepung hong kong
Garam secukup rasa

Cara Menyediakan :

1. Panaskan sedikit minyak dan tumis cili kering, halia, bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan sedikit air, kicap pekat, kicap cair, sos cili dan sos tiram.
3. Masukkan sotong dan tepung hong kong serta daun bawang. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa dan gajus.

Selamat Mencuba!

Resipi Siakap Bumbu Asam

Resepi Siakap Bumbu Asam

Bahan-bahan :

Bahan A :
1 ekor ikan siakap
1 biji limau (diperah)
5 ulas bawang merah (dikisar)
2 batang serai (dikisar)
½ sudu kecil serbuk lada putih
½ sudu besar tepung gandum
Garam secukup rasa

Bahan B :
5 ulas bawang merah (dikisar)
½ cawan air asam jawa
8 tangkai cili kering (dikisar)
50g sayur asin
1 kiub pati ikan bilis
150 ml air
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara Menyediakan :

1. Perapkan isi ikan dengan bahan A selama 30 minit. Gaulkan dengan tepung, kemudian panggang di atas kuali selama 10 minit. Angkat dan asingkan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah sehingga naik bau, kemudian campurkan cili kering yang dikisar.
3. Tuangkan air asam jawa, masukkan sayur asin dan tambahkan sedikit air. Masukkan pati ikan bilis.
4. Akhir sekali, tambahkan garam dan gula secukup rasa. Setelah mendidih, angkat dan tuangkan di atas ikan tadi.

Selamat Mencuba!

Resipi Ketam Masak Serai Lengkuas


Bahan-bahan :

3 ekor ketam
Santan daripada 1 biji kelapa
3 keping asam gelugur
3 potong nanas
Garam secukup rasa
Sedikit gula
Minyak masak secukupnya
Daun kesum
2 biji tomato

Bahan kisar :
2 batang serai
2 cm lengkuas
2 cm halia
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 tangkai cili merah

Cara Menyediakan :

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga garing.
2. Masukkan ketam dan kacau.
3. Kemudian, masukkan santan pekat, nanas, daun kesum, asam gelugur, garam dan gula secukup rasa.
4. Masak di atas api yang perlahan sehingga ketam masak.
5. Akhir sekali masukkan tomato.

Selamat Mencuba!

Resipi Gulai Ketam

Resepi Gulai Ketam

Bahan-bahan :

500g ketam
½ biji nanas (dipotong kiub)
3 ulas bawang putih (dihiris)
3 ulas bawang merah (dihiris)
2 cm halia (dihiris)
½ sudu kecil jintan putih
½ sudu kecil jintan manis
2 cawan santan
3 tangkai daun kari
3 sudu besar serbuk kari ketam/udang
2 ulas bawang merah (ditumbuk)
3 cm halia (ditumbuk)
3 cm halia (ditumbuk)
2 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa

Cara Menyediakan :

1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawan putih, bawang putih, daun kari, halia, jintan manis dan jintan putih sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan serbuk kari. Selepas itu, masukkan santan.
3. Akhir sekali, masukkan ketam dan nanas berserta garam secukup rasa.
4. Didihkan sehingga ketam masak. Angkat dan hidangkan.

Selamat Mencuba!

Resipi Salmon Panggang Bersos Percik

Salmon Panggang Bersos Percik

Bahan-bahan :
2 keping ikan salmon
4 sudu besar minyak zaitun
½ liter santan
Garam dan gula secukup rasa
Sehelai daun kunyit

Bahan kisar :
7 tangkai cili padi
3 ulas bawang putih
1 cm halia
4 ulas bawang merah
1 batang serai
1 cm kunyit hidup
2 tangkai cili merah
2 tangkai cili hijau

Cara Menyediakan :

1. Panggang ikan salmon sehingga masak dan ketepikan.
2. Panaskan minyak zaitun, tumiskan bahan yang telah dikisar dan daun kunyit yang dihiris sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan santan. Masak sehingga mendidih dan masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. Setelah masak, tuang kuah di atas ikan yang telah dipanggang tadi.

Selamat Mencuba!



1 ulas Bawang Besar
5 ulas Bawang Putih
2 sudu Butter
1 peket Daging Lembu / Ayam
1 tin Cendawan Butang
Jejari Ketam
Udang ( dikupas di buang kulitnya )
1 tin Sos Prego ( tin oren )
2 sudu Tomato Puri
4 sudu Sos Cili
1 sudu Serbuk Oregano
1 sudu Serbuk Basil
1 sudu Serbuk Lada Hitam
Garam dan Gula sesedap rasa

Cara masak dia :


1. Panaskan butter tadi sampai cair
2. Masukkan bawang besar dan bawang putih.. Tumis sampai masak. Boleh tambah sedikit cili kisar kalau nak rasa sedikit pedas.
3. Masukkan daging lembu / ayam / udang / jejari ketam / cendawan butang. Masak sampai isi daging masak
4. Masukkan 1 tin sos prego, tomato puri dan cili sos.
5. Masukkan serbuk oregano, basil dan lada hitam.
6. Masukkan garam dan gula mengikut citarasa anda.


Lepas siap tu, kita kena buat sos putih dia pulak... Ni antara bahan yang diperlukan..

2 sudu Butter
2 cawan Tepung Gandum
1 kotak Susu Penuh Krim / Full Cream Milk ( sama ada susu dalam botol atau susu cair dalam tin, asalkan " FULL CREAM / PENUH KRIM )
1 sudu Cheese
Garam sesedap rasa





Cara nak masak sos putih :

1. Panaskan butter sampai cair.
2. Masukkan tepung gandum. Kacau sampai sebati.
3. Masukkan susu cair. Kacau sentiasa untuk pastikan sos tak berketul. Masa ni kene jaga api betul-betul.. seeloknya slowkan api.
4. Masukkan garam sesedap rasa.




Inilah dia sos daging dan sos putih yang dah siap dimasak...


Seterusnya, sapukan marjerin pada loyang atau caserol yang nak kita gunakan untuk bakar lasagna tadi.. Lepas tu susun kulit lasangnamenutup bahagian bawah loyang...

Tuang sos daging atas kulit lasagna tadi.. tak payah tebal-tebal asalkan penuh menutup kulit lasagna tadi



Lepas tu tuangkan sos putih atas sos daging tadi.. tak payah tuang tebal-tebal. boleh gunakan sudu untuk tarik sos putih dan ratakan supaya boleh kena pada sos daging tadi


Lepas tu susun lagi kulit lasagna atas sos putih tadi. Ulang proses letak sos daging, sos putih dan kulit lasagna berselang seli.. Rasanya dapat 3 ke 4 lapis kulit lasagna pun dah dikira ok..





Akhir sekali, pastikan kulit lasagna ada dibahagian atas sebelum ditabur dengan cheese mozarella.. cheese yang aku beli ni terketul-ketul la pulak.. nak tak nak aku kene letakkan semua...




Lepas tu boleh masukkan ke dalam oven dengan suhu kepanasan 180 darjah celcius selama 45 minit...



Tunggu sampai masak.. kulit lasagna akan melembut bila dipanaskan bersama sos daging tadi..





Ni dia lasagna yang dah siap dimasak.. masa ni panas-panas lagi aku dah potong dari dalam loyang... tapi akalu terasa macam belum masak ( kulit lasagna masih keras masa dipotong ) maknanya kene tambah lagi masa membakar dalam oven.




Ni la dia seafood lasagna aku yang dah siap.. pergghh.. sedap la plak...

Bila aku tunggu lasagna sejuk dan potong, macam ni la hasil dia.. baru nampak layer kulit lasagna tu...


Good Job cikgu.. berjaya aku buat sendiri lasagna.. nyata yang susah pasti jadi mudah kalau kita berusaha nak membuatnya kan..

Selamat mencuba ... ~