Oh! Resepi

Oh! Resepi menyajikan pelbagai resepi yang sangat Enak Lagi Berkhasiat dan Follow kami @ Facebook dan dapatkan update terkini daripada #Oh! Resepi

Resipi Jus Kurma Susu

BAHAN-BAHAN :
  • 1/2 kotak susu segar
  • 10 biji kurma dibuang biji dan dibersihkan
  • 1 cawan air panas
  • Beberapa ketulan ais
  • 1 sudu kecil gula
CARA-CARA MENYEDIAKAN :
  1. Rendam kurma dalam air panas 15 mimit
  2. Kisar kurma bersama air tadi sampai halus
  3. Masukkan ais dan kisar lg dengan gula
  4. Masukkan susu segar dan kisar hingga sebati.
KHASIAT JUS KURMA SUSU
  • Menyalurkan oksigen ke otak
  • Potassium membuatkan fikiran lebih rasional
  • Memberikan kandungan alkali secukupnya kepada cairan tubuh.
  • Merangsang ginjal mengeluarkan toksin
  • Menurun tekanan darah tinggi
  • Membantu pembentukan kulit sihat.
RESEPI NASI AYAM PENYET
Bahan-bahannya :
  • 4 ketul ayam (lebih sedap bahagian peha)
  • 6 ulas bawang merah#
  • 2 ulas bawang putih#
  • 1 labu bawang besar#
  • 3 sudu ketumbar*
  • 1 sudu jintan manis*
  • 1 sudu jintan putih*
  • 1 inci kunyit hidup#
  • 2 inci halia#
  • 3 batang serai (Ditik memanjang hingga bercerai)
  • 1 inci lengkuas#
  • 2 biji cili merah#
  • 2 biji buah keras#
  • 2 sudu besar santan#
  • 2 sudu gula merah#
  • garam secukup rasa#
Cara-caranya :
  1. Sangai bahan yang bertanda * dan tumbuk halus. Sapukan pada ayam dan tahu serta tempe.
    (Sebaiknya ayam di kelar sedikit supaya bumbunya menyerap)
  2. Satukan dan kisar semua bahan yang bertanda #.
  3. Lumurkan pada ayam dan tempe serta tahu. Taburkan serai yg dititik dan gaul rata.
  4. Perap sekurang-kurangnya 30 minit.
  5. Goreng ayam dalam minyak penuh.
Bahan Sedak :
  • 3 sudu besar tepung beras
  • sedikit putih telur
  • garam
  • air dari perapan ayam.
Cara sediakan bahan serdak :
  1. Satukan kesemua bahan dan kacau rata. Batter haruslah spt untuk menggoreng pisang kecairannya.
  2. Titiskan pada minyak panas dan goreng garing. Angkat dan toskan.
Sambal ayam penyet :
  • 6 Biji cili merah
  • 5biji cili padi (tambahkan jika perlu)
  • 6 ulas bawang merah
  • 11/2 inci belacan
  • 2 biji tomato
  • segenggam ikan bilis goreng
  • Garam dan gula secukup rasa.
Cara sediakan sambal ayam penyet :
  1. Hiris bawang,cili dan tomato kasar-kasar.
  2. Goreng belacan di dalam sedikit minyak. Angkat.
  3. Goreng pula cili, bawang dan tomato. Angkat.
  4. Tumbuk atau kisar kesemua bahan. Siap
Sedia untuk dihidangkan.

NASI HUJAN PANAS
Bahan-bahan :
  • 2 cawan beras
  • 1/2 inci halia-dihiris
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 ulas bawang putih-diketuk
  • 3 biji bawang merah-dimayang halus
  • 1 kiub ayam knorr
  • 2 sudu besar minyak masak
  • sedikit butter
  • pewarna merah,hijau dan kuning.
Cara-cara :
  1. Cuci beras dan sukat air seperti biasa.ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan butter(campur keduanya).tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sebentar.
  3. Masukkan bawang putih dan halia.kacau hingga naik bau.masukkan bawang merah.tumis garing.tutup api.
  4. Kemudian masukkan kiub ayam.hancurkan dan masukkan semua tumisan tadi dalam periuk nasi yg berisi beras dan air.kacau sedikit supaya sebati.masak nasi seperti biasa.
  5. Setelah nasi masak.titiskan sedikit sahaja pewarna merah, hijau dan kuning.gaul-gaulkan nasi sedikit.
  6. Hidangkan bersama bawang goreng.
**enak dimakan bersama ayam/daging masak merah.

Carrot Susu

Bahan-bahan ( 1 gelas sahaja )
1 batang lobak merah ( saiz kecil )
1 gelas air masak
2 sudu susu pekat
Gula secukup rasa
Beberapa ketul ais
Cara buat:
1. Basuh lobak dan hiris. Kisar dengan 1 gelas air dan sedikit gula jika mahu.
2. Tapis ke dalam gelas. Masukkan susu pekat dan kacau.
3. Masukkan ketul ais. Dah sedia untuk diminum.
DAGING DENDENG

Bahan-Bahan
1kg daging-dipotong dadu
3 biji bawang besar-dikisar
6 ulas bawang putih- dikisar
1 inci halia-dikisar
2 sudu jintan manis
2 sudu jintan putih
2 sudu kicap pekat
3 sudu cili boh
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
5 biji bunga cengkih
5 biji bunga lawang
gula, garam dan ajinomoto
sedikit minyak untuk menumis
Cara Menyediakannya,
1. rebus daging yang telah dibersihkan hingga empuk kemudian tos
2. selepas itu, tumis bahan yang telah dikisar bersama kulit kayu manis,bunga cengkih,bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik bau
3. kacau seketika sebelum dimasukkan cili boh dan kicap pekat. kacau sehingga naik minyak
4. setelah itu, taburkan garam,gula dan ajinomoto secukupnya dan biarkan selama lima minit
5. akhir sekali, masukkan daging yang telah direbus kedalamnya dan gaul sampai sebati. sedia dihidang
SELAMAT MENCUBA..


Resepi Kentang Putar

Bahan-bahan ( 5 orang )

Bahan A untuk kentang putar


5 biji kentang dibuang kulit dan dipotong 4
Sedikit lada hitam(kalu nk pedas bubuh la lebih)
Garam secukup rasa
1 sudu susu pekat manis

Bahan B UNTUK SOS.

4 sudu besar tepung gandum
5 sudu besar mentega
Sedikit lada

Cara-cara Resepi Kentang Putar


- Rebus kentang sehingga empuk masuk kan garam sedikit. 1. Tos kan air dam lenyekkan, guna hand mixer putar kentang sehingga halus.masuk kan lada hitam dan susu.
- Kentang dah siap...untuk sos pulak..
1.rebus bawang merah,lobak merah dan kiub ayam dalam 10 minit 2.tos kan air rebusan td.
3.masuk kan mentega kedlm kuali dgn api yg kecil,kemudian msk kan tepung gandum,kacau jgn bergentel
4.masuk kan air rebusan td,bersama lada hitam,sos tiram dan beberapa titil kicap pekat.kacau2 dan dah siap

Resepi Lockching Atau Satay Ikan


Bahan-bahan:
250g isi ikan selayang (xpayah resbus)– dikisar lumat
100gm tepung ubi kayu/ tepung kanji
1/2 biji bawang besar - dikisar
1 sudu kecil garam
1/2 sudu teh serbuk perasa
1 sudu kecil soda bikarbonat
Cara2:
1. Kisarkan isi ikan bersama bawang besar hingga lumat.
2. Tuangkan ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama tepung kanji, garam dan soda bikarbonat
3. Gaulkan hingga sebati dan bulat-bulatkan menjadi bebola kecil. penyet2 sikit lepas bulat.
4. Panaskan minyak dan goreng sekejap.
5. Cucukkan pada lidi dan bakar sekejap (api pelan aje ye kang rentung huhu)
p/s: kalau adunan tu lembik, tambahkan lagi tepung kanji sehingga adunan tu x melekat di tangan.
resepi sos:
Sos manis
Bahan-bahan:
4 ulas bawang putih – dikisar lumat
1 ½ cawan air
1 sudu sudu besar tepung ubi kayu/tepung kanji –dibancuh dengan 2 sudu besar air
4 sudu makan gula
½ sudu makan garam
Sedikit serbuk perasa
Sedikit pewarna merah
Cara memasak:
1. Tumiskan bawang putih dalam periuk. (Tanpa minyak)
2. Masukkan air.
3. Masukkan gula, garam, serbuk perasa dan pewarna merah. Warna merah tu pakai sikit je untuk nampak warna pink. Kacau.
4. Masukkan tepung kanji yang telah dibancuh dan kacau sehingga mendidih.
5. Biarkan sejuk dan sedia untuk dihidang.
(utk sos pedas resepi sama cam sos manis cuma tambah cili mesin (tumis bersama bawang putih) ikut pedas mana uols nak k)


Chilled Blueberry Yoghurt Cheesecake

Base:
  • 100g biskut Oreo, kisar hancur
  • 45g butter, dicairkan
***Gaul biskut Oreo dengan butter, tekan pada dasar loyang yang telah diletakkan baking paper dahulu. Simpan dalam peti sejuk.
Adunan yoghurt cheese:
  • 125g cream cheese, suhu bilik
  • 137g @ 1 bekas yoghurt perisa blueberry@plain je
  • 30g gula kastor
  • 80g blueberry filling – boleh guna ada biji buah blueberry
  • 125g whipping cream, pukul hingga gebu dan bertanduk (soft peak)
  • 1/2sb + 1/2st gelatin Halagel
  • 2sb air hangat
Cara:
  1. Pukul cream cheese, gula kastor dan blueberry filling hingga sebati.
  2. Masukkan yoghurt, gaul rata.
  3. Masukkan gelatin ke dalam bekas berisi air hangat.
  4. Biarkan 5 minit hingga kembang, cairkan secara double-boiler atau guna microwave-oven (on HIGH 3saat. kacau rata).
  5. Biarkan hingga ia suam, kemudian baru masukkan ke dalam adunan yoghurt cheese. Gaul rata.
  6. Perlahan-lahan kaup balikkan whipping cream ke dalam adunan.
    NOTE: Pastikan whipping cream tidak terlalu sejuk untuk elakkan adunan terus pekat bila ia bergaul dengan adunan bergelatin tadi.
  7. Kaup balik rata-rata, tuangkan ke dalam loyang berisi base.
  8. Sejukkan dalam peti sejuk paling kurang 4 jam atau lebih.
  9. Menggunakan hair dryer, lalukan muncungnya pada keliling loyang 2-3 kali. Guna suhu paling perlahan.
  10. Keluarkan cheesecake dan alihkan ke atas cakeboard menggunakan spatula besar.
  11. Hiaskan atasnya dengan blueberry filling dan sedia dipotong

PISANG GORENG CHEESE
Resepi Oleh : Fiza

Pisang Goreng

Sesikat pisang ~ buang kulit dan potong 2 jangan putus
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
5 sudu besar santan
sedikit kunyit serbuk atau pewarna kuning
secubit garam
1 sudu besar margerin
1 biji telur 


Cairkan mentega
Satukan tepung gandum, tepung beras, garam, pewarna, baking powder, santan dan telur
Kacau rata
Tuangkan margerin cair
Kacau sebati
Masukkan pisang
Panaskan minyak dalam kuali
Goreng pisang hingga kuning keemasan
Angkat dan toskan minyaknya

Bahan Sos dan Topping

1 sudu besar butter
1 sudu besar susu pekat manis
Keju Cheedar ~ di sagat halus
Choc Rise atau parutan coklat masakan


Dalam kuali yang bersih, cairkan butter.
Tutup api bila butter dah cair, tambahkan susu pekat manis dan sedikit keju
Kacau rata
Masukkan pisang yang telah siap di goreng tadi
Gaul rata
Angkat pisang dan letak di atas pinggan atau bekas yang sesuai
Taburkan dengan keju cheedar yang telah di sagat dan taburkan dengan choc rise atau parutan coklat masakan
Enak di makan ketika masih hangat.
14 Khasiat Timun

1) Khasiat Timun Menghidrasi Badan Anda.
Jika anda terlalu sibuk untuk minum air, makanlah timun, ia akan menggantikan kehilangan air dari badan anda kerana timu mengandungi 90% air.

2) Khasiat Timun Menghilangkan Panas Badan dari Luar dan Dalam.
Makan timun untuk mengurangkan pedih ulu hati. Letakkan timun pada kulit untuk melegakan sunburn.

3) Khasiat Timun Membuang Toksin Dari Badan.
Cecair yang ada dalam timun bertindak seperti penyapu, menyapu keluar segala toksin dari badan anda. Amalkan makan timun selalu untuk menghilangkan batu dalam buah pinggang (kidney stone).

4) Khasiat Timun Membekalkan Keperluan Vitamin Harian Anda
Timun mempunyai sebahagian besar vitamin yang diperlukan oleh badan dalam sehari. Timun mengandungi vitamin A, B dan C, yang meningkatkan sistem imun badan, memastikan anda berseri dan memberi anda tenaga.
Jadikan timun lebih berkuasa dengan membuat jus timun campur bayam dan lobak merah. Jangan buang kulit timun kerana ia mengandungi kira-kira 12% keperluan vitamin C harian anda.

5) Khasiat Timun Membekalkan Mineral Mesra Kulit
Timun mengandungi kandungan tinggi kalium, magnesium dan silikon yang sangat berguna untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Sebab itu banyak terdapat rawatan spa yang berasaskan timun.

6) Khasiat Timun Membantu Dalam Penurunan berat badan dan Penghadaman
Disebabkan kandungan air yang tinggi dan kalori yang rendah, timun adalah sumber yang ideal untuk orang-orang yang ingin menurunkan berat badan. Gunakan timun dalam sup dan salad anda. Boleh juga dijadikan makanan ringan kegemaran anda, anda boleh makan potongan timun yang dicicah dengan yogurt rendah lemak.
Mengunyah timun memberikan rahang anda senaman yang baik dan serat di dalamnya baik untuk penghadaman. Ambil timun sebagai makanan harian sebagai bantuan untuk sembelit kronik.

7) Khasiat Timun Memulihkan Mata
Meletakkan kepingan sejuk timun adalah pemandangan biasa untuk kecantikan tetapi ia benar-benar boleh membantu mengurangkan bengkak di bawah mata dan keadaan bengkak kerana timun mempunyai ciri-ciri anti radang.

8) Khasiat Timun Melawan Kanser
Timun mengandungi secoisolariciresinol, lariciresinol dan pinoresinol. Tiga lignan yang kuat untuk mengurangkan risiko beberapa jenis kanser termasuk kanser ovari, payudara, prostat dan kanser rahim.

9) Khasiat Timun Menyembuhkan Kencing Manis, Mengurangkan Kolesterol dan Mengawal Tekanan Darah
Jus timun mengandungi hormon yang diperlukan oleh sel-sel pankreas bagi menghasilkan insulin untuk manfaat kepada pesakit kencing manis.
Sebatian sterol dalam timun boleh membantu penurunan tahap kolesterol.
Timun mengandungi banyak serat, kalium dan magnesium yang berkesan bagi mengawal tekanan darah. Sebab itu timun adalah baik untuk merawat kedua-dua tekanan darah tinggi dan tekanan darah rendah.

10) Khasiat Timun Menyegarkan Mulut
Jus timun boleh membantu menyembuhkan dan menyegarkan sakit gusi.
Untuk membunuh bakteria di dalam mulut dan untuk menyegarkan nafas, dapatkan kepingan timun dan tekan ke lelangit mulut anda dengan lidah anda selama 1/2 (setengah) minit, phytochemcials dalam timun akan membunuh bakteria di dalam mulut anda yang bertanggungjawab menyebabkan nafas yang tidak menyenangkan.

11) Khasiat Timun Menyihatkan Kuku dan Rambut
Keajaiban Silika, mineral dalam timun menjadikan rambut dan kuku anda lebih berkilat dan kuat. Sulfur dan silika dalam timun juga membantu merangsang pertumbuhan rambut anda.

12) Khasiat Timun Untuk Kesihatan Sendi, Melegakan Artritis dan Sakit Gout
Timun adalah sumber yang sangat baik untuk silika yang menggalakkan kesihatan sendi dengan mengukuhkan tisu penghubung. Apabila dicampur dengan jus lobak merah, timun boleh melegakan gout dan sakit artritis dengan mengurangkan tahap asid urik.

13) Khasiat Timun Menyembuhkan mabuk (hangover)
Untuk mengelakkan sakit kepala pagi atau mabuk(hangover) anda boleh makan beberapa keping timun sebelum tidur. Timun mengandungi cukup vitamin B, gula dan elektrolit untuk menambah banyak nutrien penting dan mengurangkan tahap kedua-dua mabuk dan sakit kepala.

14) Khasiat Timun Menjaga Kesihatan Buah Pinggang
Timun merendahkan tahap asid urik di dalam badan anda dan dengan ini mengekalkan menjadikan buah pinggang yang sihat bila anda selalu mengambil timun.


Resepi Marble marshmallow

Bahan-bahan (Resepi ini menggunakan loyang saiz 8×8)
  • 2 cawan gula
  • 1 sudu besar liquid glucose
  • 30 gm serbuk gelatin
  • 3/4 sudu teh esen vanilla
  • 2 biji putih telur
  • pewarna (saya guna pink)
  • minyak masak (untuk gris loyang)
  • *3/4 cawan air – utk buat gelatin
  • *3/4 cawan air – utk buat liquid glucose
CARA-CARA :
  1. griskan loyang dengan sedikit minyak masak, ketepikan.
    utk adunan glucose, masukkan gula, liquid glucose dan 3/4 cawan air ke dalam periuk kecil. Masak dgn api sederhana sehingga gula larut dan mendidih. Tutup api.
  2. Utk adunan gelatin pula, sediakan 3/4 cawan air di dalam bekas tahan panas. Taburkan gelatin dan biarkan melarut selama 5 minit.
  3. Lepas tu, ambil bekas dan letak dalam double boiler. Kacau kejap jer utk pastikan gelatin benar2 larut. Masukkan esen vanilla. Tutup api dan satukan dgn adunan glucose tadi. Ketepikan.
  4. Dgn menggunakan mixer, pukul putih telur sampai kembang dan muncul soft peak. Kemudian, masukkan adunan gelatin+glucose tadi dan pukul dengan kelajuan paling tinggi selama 12-15 minit (sampai adunan menjadi tebal dan gebu).
  5. Masuk adunan ke dalam loyang. Letak 3-4 titik pewarna dan buat corak marble di atas nya dgn lidi. Biar adunan mengeras semalaman (jgn ditutup).
  6. Potong ikut shape segiempat tepat setebal 2 inci dgn pisau basah. Basahkan tangan sewaktu memotong sbb marshmellow mmg melekit.
*Tips: Salut dgn sedikit tepung jagung (yg dah diayak) dan biarkan kering sblm letak dalam bekas kedap udara

Resepi Mousse Coklat


BAHAN-BAHAN:
  • 250gm coklat masakan (dark chocolate) | dicincang
  • 500gm krim pekat | dipukul sedikit
  • 100gm krim pekat (double cream)
  • 65gm gula kastor
  • 5 biji kuning telur
  • Parutan coklat masakan | hiasan
  1. Pukul kuning telur dan gula sehingga kembang dan sebati dengan menggunakan hand whisk.
  2. Kemudian masukkan bancuhan krim pekat dan coklat masakan yang dididihkan sehingga sebati. Kacau rata dan sejukkan.
  3. Seterusnya masukkan pula 500gm krim pekat dan kaup balikkan.
  4. Setelah itu, tuangkan adunan ke dalam acuan atau gelas bersesuaian. Sejukkan.
  5. Akhir sekali, apabila mahu dihidangkan, hiaskan dengan parutan coklat masakan.
p/s : Manisan ini enak dimakan segera setelah disejukkan.
COCKTAIL TIRAMISU



Oleh:Norkhamsiah Zainal Abidin
BAHAN-BAHAN :
  • 1 paket biskut marie
  • 2 paket nescaffe 3 in 1
  • serbuk koko
  • 1 buku cream cheese (Tartura @ Philadelphia )
  • 1 cawan freshcream
  • 1/3 cawan gula castor
  • buah strawberry (optional)
  • bekas tupperware bertutup
CARA-CARA :
  1. Putar creamcheese dan gula hingga sebati dan masukkan freshcream dan putar lagi sehingga kembang. Masukkan ke dalam piping beg.
  2. Celupkan biskut marie ke dalam air nescefe sekejap dan susun di dalam bekas.
  3. Pancit adunan freshcream hingga menutupi biskut. Tabur dengan serbuk koko dan ulangi lapis tadi hingga penuh bekas.
  4. Akhirkan dengan acunan cheese, tapis serbuk koko dan tabur buah-buahan yang sesuai.
  5. Tutup bekas dan sejukkan beberapa jam sebelum dimakan.
  6. Sangat sedap dan sesuai dibuat jualan. Selamat mencuba!

Kek Aiskrim Vanilla Oreo


Oleh : Nur Jannah
BAHAN-BAHAN :
  • 300ml ais krim vanila
  • 15 keping biskut oreo
  • 50gm mentega – dicairkan
CARA-CARA :
  1. keluarkan ais krim dr freezer dan biarkan lembut (cair sedikit)
  2. kisar biskut oreo dgn krimnya sekali
  3. campurkan biskut oreo yg dikisar dgn mentega yg telah dicairkan & kacau sebati sehingga berketul-ketul
  4. alaskan tupperware dengan plastic wrap and then masukkan 1/2 campuran biskut td dan tekan biar padat.
  5. setelah itu masukkan ais krim dan ratakan…..masukkan dlm freezer lebih kurang 1 jam.
  6. kuarkan ais krim dan taburkan lebihan biskut tadi…simpan semula dlm freezer lebih kurang 1 jam jugak.
  7. kuarkan kek ais krim dan potong ikut kesukaan anda.


Resepi Chocolate Lasagna
Oleh : Nur Jannah
Bahan-Bahan A:
  • 36 ketul oreo dikisar (ambil krimnya sekali)
  • 6 sudu besar butter dicairkan
  • Campurkan kesemua bahan di atas dan gaul rata. Ketepikan.
Bahan-Bahan B:
  • 200 gm cream cheese
  • 1 cawan Non-dairy whipping cream
  • 100 gm gula kastor (boleh juga guna gula aising jika suka)
  • 2 sudu besar susu segar
Cara-Cara:
  1. Pukul cream cheese sehingga lembut.
  2. Kemudian masukkan gula kastor atau gula aising dan pukul lagi sehingga ianya lembut dan gebu.
  3. Masukkan susu segar dan pukul sebati. Ketepikan.
  4. Di dalam bekas yang lain, pukul Non-dairy whipping cream hingga kental.
  5. Kemudian campurkan ke dalam adunan cream cheese tadi dan kaup balik sehingga sebati. Masukkan ke dalam piping bag.
Bahan-Bahan C (CHOCOLATE COCONUT PUDDING):
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1/8 tsp garam
  • 1 1/2 cawan susu segar + 1 1/2 cawan santan pekat
  • 185 gm dark chocolate, dicincang
  • 1 tsp esen vanilla
  • 1 tbsp serbuk koko
Cara-Cara:
  1. Campurkan tepung jagung bersama gula dan garam ke dalam bekas.
  2. Kemudian campurkan susu segar dan kacau perlahan. Masak di atas double boiler dengan api sederhana.
  3. Sentiasa menggaul adunan sehingga ianya sebati dan pekat (15 – 20 minit). Boleh guna hand whisk .
  4. Tambahkan coklat cincang dan kacau selama kira-kira 2 – 4 minit atau sehingga puding kental.
  5. Kemudian alihkan dari api dan masukkan esen vanilla. Kacau rata.
  6. Sejukkan dan ketepikan.
Note : Tapis puding dengan menggunakan penapis sekiranya puding yang terhasil itu berketul-ketul.
Cara Melapis:
  1. Masukkan sedikit biskut oreo kisar (bahan A) ke dalam bekas yang digunakan.
  2. Kemudian picitkan adunan bahan-bahan B di atasnya.
  3. Lapis di atasnya dengan chocolate coconut pudding dan ratakan.
  4. Picitkan lagi adunan bahan-bahan B di atasnya.
  5. Taburkan dengan chocolate chips, biskut oreo kisar dan sedikit parutan coklat.
  6. Sejukkan di dalam peti ais sebelum dinikmati.
Ok, dah cuba resepi nie? jom buat duit dengan Chocolate Lasagna
Resepi kek coklat moist

Bahan2;
2 cwn tepung gandum
1 cwn minyak
1 cwn gula kastor
1 cwn susu pekat
1 cwn air panas
1 cwn milo
1 cwn serbuk koko
4 biji telur
1 sudu teh baking powder
cara2:
campurkan kesemua bahan dan kacau sebati.
masukkan kedalam loyang.
kukus selama 45 minit dengan api yg perlahan.
Untuk Toping:
1/2 cwn susu pekat
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu besar minyak
(kacau diatas api yg perlahan)
Resepi Sambal Belacan

Bahan-bahan :-
  • Belacan agak-agaklah ye
  • Bawang Merah setengah ulas
  • Cili padi ikut suka hati banyak mana
  • Garam sikit
  • Gula sikit
  • Air asam/limau
Cara Menyediakan
  • Goreng bawang, belacan dan cili padi hingga naik bau dan bawang tu nampak lembik sikit
  • Angkat dan tumbuk, sambil tu masukkan garam dan gula
  • Tumbuk hingga lumat
  • Tambahkan air asam
  • Dalam kuali, goreng lagi sekali sambal belacan tadi dengan sedikit minyak untuk bagi kick sikit rasanya
  • Sedia untuk dihidang bersama nasi panas-panas phew~
Ada lagi resepi sambal belacan yang sedap, mak mertua punya sambal belacan sedap, saya dah follow semua bahan-bahan dan step-stepnya tapi tak menjadi, pelik hahaha, mungkin air tangan tu kot yang buat sedap kan? hihihi.
Selamat Mencuba ..

Bahan-Bahan 

Satu ekor ikan patin
2 ulas kunyit hidup (ditumbuk halus)
6 biji bawang kecil (ditumbuk halus)
15 biji cili api (ditumbuk halus)
2 senduk tempoyak (agak2, nak pekat letak lebih lagi)
1 biji timun cina (dipotong dadu)
2 ikat daun kesum
2 ikat bunga kantan
sedikit asam keping
3 cawan air (ikut kepekatan)
garam (ikut rasa)
gula (kalau agak terlalu pedas) 

Cara-cara 

1. ikan disiang dan diperapkan dengan asam jawa & limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir ikan selama 1 jam.

2. Kunyit hidup, bawang kecil dan cili api ditumbuk halus dan digaulkan dengan tempoyak tadi masukkan kedalam periuk yang diletakkan air, gaul sehingga rata masukkan juga asam keping, letak atas api dan biar 3 minit baru masukkan ikan yang terlebih dahulu dibersihkan, masukkan bunga kantan, daun kesum dan timun cina tadi, sambil itu masukkan garam, jangan terlampau masin, kalau agak2 pedas sangat masukkan gula sikit.

3. Cadangan Hidangan: sedap dimakan panas dengan nasi putih, amat menyelerakan.

4. Tambahan: tempoyak biarlah yang 5 hari diperam baru sedap masakan ini mengambil masa lebih kurang 20 minit. ( cara mudah kunyit hidup, cili padi, bawang kecil dan tempoyak tu, blender dengan secawan air, tapi pastikan lada tidak terlalu halus dikisar).

Selamat Mencuba

Bahan-bahan ( Untuk 25 orang makan )

Untuk nasi:
-1 gantang(2.7kg) beras wangi (eg: brand Sunwhite) dibasuh dan direndam selama 8 - 9 jam
-Segenggam bawang merah setelah dimayang ( lebih kurang 12 ulas)
-1 - 2 inci halia (dihiris halus-halus panjang)
-1 - 2 sudu besar halba
-Santan dari 3 biji kelapa ( santan pekat satu cetong(lebih kurang 900ml) dan santan cair satu setengah cetong)
-1 sudu besar gula
-segenggam garam

Untuk lauk:
-4 ekor ikan tongkol yang besar direbus bersama satu keret besar nisan, segenggam asam gelugur dan garam secukup rasa, air rebusan disimpan untuk dimasukkan dalam masakan kuah nanti

Untuk Kuah:
-1 senduk nasi penuh serbuk ketumbar
-1/2 senduk nasi serbuk jintan manis
-segenggam lengkuas setelah dihiris
-1 inci kunyit hidup (atau 1 sudu besar kunyit serbuk)
-1 labu bawang putih (yang besar)
-2 inci halia
-3/4 kilo bawang merah lebih sedikit
-1 1/2 bungkus cili boh yang RM1.20 sebungkus
-kerisik dari 1/2 biji kelapa
-4 keret besar nisan
-santan dari 4 biji kelapa ( kepekatan biasa, jangan cair)
-2 inci kulit kayu manis

Untuk Acar: 
-3 biji timun
-1 batang karot
-3 biji cili merah besar
-2 potong nenas
-1/4 kobis (setelah dipotong-potong digaul bersama garam gula dan cuka secukup rasa)

Telur rebus: 12 - 13 biji

Cara-cara

Cara-cara memasak kuah:
-semua bahan untuk kuah di'blender' kecuali kerisik, nisan, santan dan kulit kayu manis.
-masak santan hingga naik minyak sedikit barulah dicampur bahan-bahan yang diblender, kerisik, nisan dan kulit kayu manis.
-masak biar lama (api perlahan) bila santan surut separuh diisi air lagi hingga paras yang pertama, step ini diulang lagi selepas air surut separuh lagi baru letak ikan yang direbus bersama air rebusan dan separuh dari asam gelugur yang diguna untuk rebus ikan, air ditambah lagi sehingga paras pertama dan dimasak api perlahan sehingga kuah pekat dikacau sekali-sekali.( masak kuah makan masa lebih kurang 7 jam, dengan yang demikian kuah menjadi warna gelap dan tulang ikan reput macam sardin di dalam tin)

Cara-cara memasak nasi:
-beras yang direndam 8 jam dibasuh dan dikukus kosong sehingga masak, kemudian diangkat dan digaul rata dengan santan cair, bawang merah yang dimayang dan halba.
-kukus sekali lagi hingga masak dan diangkat dan digaul bersama santan pekat (diperolehi dengan memerah santan menggunakan air masak)yang sudah dicampur gula dan garam. Nasi sudah siap.

Bagi siapa yang kesuntukan masa boleh ikut cara saya memasak kuah, tapi kuahnya tak segelap yang original dan tulang tak sempat menjadi lembut.

Resepi Nasi Arab Simple


Bahan-Bahan untuk Ayam dan Nasi
1 kg beras basmati (basuh dan toskan)
1.5 liter air (untuk air rebusan ayam)
2 ekor ayam (potong kepada 2 atau 4 sahaja)
1 tin kecil kacang peas
1 cawan kismis
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
3 sudu besar minyak
5 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih (bancuh dengan sedikit air)
Pewarna merah
Bawang goreng
Garam dan gula secukup rasa
2 biji labu bawang besar saiz kecil (potong bulat)
1 biji tomato saiz kecil yang masak (potong dadu)
1 biji lada hijau (potong besar, tambahkan lagi kalau nak pedas)

Bahan-Bahan Tumis
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih (dimayang)
3 cm halia
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 pokok daun sadri (daun sup) hiris
1 pokok daun ketumbar

Bahan-Bahan untuk Sos Salatoh
Buah tomato masak
Cili hijau (ikut kepedasan masing-masing)
Bawah putih

Bahan-Bahan untuk Sos Zabadi
Yogurt
Timun
Lobak merah
Timun
Bawang besar
Tomato
Limau nipis

Cara-Cara untuk Menyediakan Air Rebusan Ayam

1) Air disukat dalam periuk dan direbus terlebih dahulu. Sukatan air bergantung kepada jenis beras yang digunakan.

2) Masukkan ayam dengan segera sementara mendidih. Ayam yang banyak direbus boleh dijadikan air rebusan yang lain.
 
3) Masukkan labu bawang besar dan buah tomato ke dalam periuk ayam.

4) Masukkan bahan-bahan tumisan ke dalam periuk ayam juga.

5) Kacau sedikit rempah yang telah dicampurkan dalam air rebusan. Tutup periuk dengan tudung. Rebuskan ayam tersebut dalam ½ jam dengan api yg sederhana kuat.

6) Selepas ½ jam, keluarkan ayam tesebut dari periuk dan susun ayam dalam bekas. Ketepikan dahulu.

Cara-Cara untuk Menyediakan Nasi

1) Masukkan bahan-bahan yang ditumis ke dalam kuali atau periuk yang lain.

2) Kemudian barulah diisikan minyak masak dalam kuali dan goreng bahan-bahan tumis sehingga naik bau dan garing.

3) Masukkan bahan-bahan yang ditumis dalam periuk air rebusan ayam yang disediakan terlebih dahulu dan masukkan garam secukupnya.

4) Masukkan serbuk jintan yg telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau dengan rata.

5) Masukkan cili merah, cili hijau, air, gula dan garam. Biarkan mendidih.

6) Cucikan beras sampai bersih (beras ini adalah warna kekuningan).

7) Masukkan beras dalam periuk air rebusan ayam tersebut dan masak seperti nasi biasa.

8) Taburkan daun yg dihiriskan, bawang goreng, kacang peas dan kismis semasa nasi telah masak.

9) Masukkan sedikit pewarna merah dan kacau dengan rata sekejap. Biarkan mendidih.

10) Tutupkan periuk dengan tudung dan perlahankan api. Nasi dimasak dengan api yang sederhana sahaja sampai hampir masak.

11) Kacau sekali lagi nasi semasa nasi hampir kering.

12) Bila nasi agak kering gemburkan nasi dan boleh dihidangkan dengan dalca sayur, sambal merah dan ayam tandoori.

Cara-Cara untuk Memasak Ayam

1) Ayam disusun dalam dulang untuk dibakar. Percikkan atas ayam dengan sedikit air sejuk, panaskan oven/ grill kepada suhu 200°C.

2) Lumurkan ayam dengan sedikit garam yang telah bercampur dengan pewarna merah. Lumurkan keseluruhanya dan juga bahagian bawah ayam.

3) Ayam yang sudah siap diletakkan dengan garam secukup rasa.

4) Masukkan ayam ke dalam oven/ grill dengan sekejap lagi kerana hendak membalikkan ayam tersebut supaya bahagian bawah juga dapat dipanaskan.

Cara-Cara untuk Menyediakan Sos Salatoh

1) Campurkan semua bahan untuk salatoh.

2) Tambahkan air dan garam secukupnya.

3) Semua bahan dikisar sekali dan akhirnya disediakan untuk campurkan dalam nasi dan ayam.

Cara-Cara untuk Menyediakan Sos Zabadi

1) Campurkan yogurt dengan timun yang dicincang halus.

2) Campurkan dengan potongan lobak merah.

3) Akhirnya, sos ini dihidangkan bersama dengan potongan timun, bawang besar, tomato dan limau nipis.

Cara masak bagi Nasi Arab adalah lebih kurang sama dengan nasi ayam, tetapi ayam akan direbus dengan bahan-bahan rempah, air rebusan dan kemudian digunakan untuk memasak nasi. Ayam tersebut pula akan dibakar. Keistimewaan Resepi Nasi Arab telah menarik perhatian pelbagai bangsa untuk mengisi perut di restoran-restoran atau cafe yang terkenal dengan makanan tersebut, samada Orang Melayu, Orang Cina dan Orang India, kadangkala termasuk juga Orang-orang Arab.

* SELAMAT MENCUBA *