Oh! Resepi

Oh! Resepi menyajikan pelbagai resepi yang sangat Enak Lagi Berkhasiat dan Follow kami @ Facebook dan dapatkan update terkini daripada #Oh! Resepi

Showing posts with label Ikan. Show all posts
Showing posts with label Ikan. Show all posts

Resepi Lockching Atau Satay Ikan


Bahan-bahan:
250g isi ikan selayang (xpayah resbus)– dikisar lumat
100gm tepung ubi kayu/ tepung kanji
1/2 biji bawang besar - dikisar
1 sudu kecil garam
1/2 sudu teh serbuk perasa
1 sudu kecil soda bikarbonat
Cara2:
1. Kisarkan isi ikan bersama bawang besar hingga lumat.
2. Tuangkan ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama tepung kanji, garam dan soda bikarbonat
3. Gaulkan hingga sebati dan bulat-bulatkan menjadi bebola kecil. penyet2 sikit lepas bulat.
4. Panaskan minyak dan goreng sekejap.
5. Cucukkan pada lidi dan bakar sekejap (api pelan aje ye kang rentung huhu)
p/s: kalau adunan tu lembik, tambahkan lagi tepung kanji sehingga adunan tu x melekat di tangan.
resepi sos:
Sos manis
Bahan-bahan:
4 ulas bawang putih – dikisar lumat
1 ½ cawan air
1 sudu sudu besar tepung ubi kayu/tepung kanji –dibancuh dengan 2 sudu besar air
4 sudu makan gula
½ sudu makan garam
Sedikit serbuk perasa
Sedikit pewarna merah
Cara memasak:
1. Tumiskan bawang putih dalam periuk. (Tanpa minyak)
2. Masukkan air.
3. Masukkan gula, garam, serbuk perasa dan pewarna merah. Warna merah tu pakai sikit je untuk nampak warna pink. Kacau.
4. Masukkan tepung kanji yang telah dibancuh dan kacau sehingga mendidih.
5. Biarkan sejuk dan sedia untuk dihidang.
(utk sos pedas resepi sama cam sos manis cuma tambah cili mesin (tumis bersama bawang putih) ikut pedas mana uols nak k)

Bahan-Bahan 

Satu ekor ikan patin
2 ulas kunyit hidup (ditumbuk halus)
6 biji bawang kecil (ditumbuk halus)
15 biji cili api (ditumbuk halus)
2 senduk tempoyak (agak2, nak pekat letak lebih lagi)
1 biji timun cina (dipotong dadu)
2 ikat daun kesum
2 ikat bunga kantan
sedikit asam keping
3 cawan air (ikut kepekatan)
garam (ikut rasa)
gula (kalau agak terlalu pedas) 

Cara-cara 

1. ikan disiang dan diperapkan dengan asam jawa & limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir ikan selama 1 jam.

2. Kunyit hidup, bawang kecil dan cili api ditumbuk halus dan digaulkan dengan tempoyak tadi masukkan kedalam periuk yang diletakkan air, gaul sehingga rata masukkan juga asam keping, letak atas api dan biar 3 minit baru masukkan ikan yang terlebih dahulu dibersihkan, masukkan bunga kantan, daun kesum dan timun cina tadi, sambil itu masukkan garam, jangan terlampau masin, kalau agak2 pedas sangat masukkan gula sikit.

3. Cadangan Hidangan: sedap dimakan panas dengan nasi putih, amat menyelerakan.

4. Tambahan: tempoyak biarlah yang 5 hari diperam baru sedap masakan ini mengambil masa lebih kurang 20 minit. ( cara mudah kunyit hidup, cili padi, bawang kecil dan tempoyak tu, blender dengan secawan air, tapi pastikan lada tidak terlalu halus dikisar).

Selamat Mencuba
Resipi Pecal Ikan Keli

Resepi Pecal Ikan Keli

Bahan-bahan :

1 kilo ikan keli
2 mangkuk santan pekat daripada dua biji kelapa
15 tangkai cili padi
6 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
5 cm belacan
5 cm cekur
7 helai daun cekur
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

Cara Menyediakan :

1. Ikan dicuci bersih dan dilumur garam. Kemudian panggang hingga masak.
2. Goreng bawang merah, bawang putih, cili padi, belacan dan cekur sehingga garing. Kemudian tumbuk sehingga halus.
3. Masukkan santan, bahan tumbuk dan ikan keli ke dalam periuk.
4. Masak dan sentiasa dikacau agar tidak pecah santan.
5. Masukkan air asam jawa dan daun cekur yang telah dihiris halus.

Selamat Mencuba!

Resipi Patin Masak Tempoyak Petai

Resepi Patin Masak Tempoyak Petai

Bahan-bahan :

600g ikan patin
½ cawan tempoyak
1 papan petai
2 kuntum bunga kantan
Sehelai daun kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Air

Bahan kisar
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4 cm halia
4 tangkai cili merah
10 tangkai cili padi
5 cm kunyit hidup
3 batang serai

Cara Menyediakan :

1. Panaskan periuk dan masukkan air serta bahan kisar. Biarkan sehingga mendidih.
2. Masukkan tempoyak, petai, daun kunyit, bunga kantan, gula dan garam
3. Biarkan kuah mendidih. Kemudian masukkan ikan patin.
4. Kacau perlahan sehingga ikan masak.

Selamat Mencuba!

Resipi Lemak Ikan Masin Nangka

Resepi Lemak Ikan Masin Nangka

Bahan-bahan :

½ kilo nangka muda (potong dan rebus sehingga empuk)
750 ml santan cair
200 g ikan sepat masin
5 helai daun selasih
Minyak masak secukupnya

Bahan kisar
5 ulas bawang merah
10 tangkai cili padi
2 ulas bawang putih
2 batang serai
½ sudu kecil ketumbar
½ sudu kecil jintan halus
½ sudu kecil lada hitam

Cara Menyediakan :

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan santan, nangka muda, ikan masin dan daun selasih.
3. Setelah kuah mendidih, masukkan garam secukup rasa.

Selamat Mencuba!

Resipi Siakap Bumbu Asam

Resepi Siakap Bumbu Asam

Bahan-bahan :

Bahan A :
1 ekor ikan siakap
1 biji limau (diperah)
5 ulas bawang merah (dikisar)
2 batang serai (dikisar)
½ sudu kecil serbuk lada putih
½ sudu besar tepung gandum
Garam secukup rasa

Bahan B :
5 ulas bawang merah (dikisar)
½ cawan air asam jawa
8 tangkai cili kering (dikisar)
50g sayur asin
1 kiub pati ikan bilis
150 ml air
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara Menyediakan :

1. Perapkan isi ikan dengan bahan A selama 30 minit. Gaulkan dengan tepung, kemudian panggang di atas kuali selama 10 minit. Angkat dan asingkan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah sehingga naik bau, kemudian campurkan cili kering yang dikisar.
3. Tuangkan air asam jawa, masukkan sayur asin dan tambahkan sedikit air. Masukkan pati ikan bilis.
4. Akhir sekali, tambahkan garam dan gula secukup rasa. Setelah mendidih, angkat dan tuangkan di atas ikan tadi.

Selamat Mencuba!

Resipi Kerapu Rendang Asam

Resepi Kerapu Rendang Asam

Bahan-bahan :

1 ekor ikan kerapu sederhana besar atau 450g isi ikan
600g minyak masak
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar asam jawa (ambil jusnya)
1 sudu besar kicap pekat
Sehelai daun kunyit
Garam secukup rasa
Tepung untuk menggoreng

Bahan kisar :
5 cm halia
5 ulas bawang merah
2 batang serai
3 ulas bawang putih
7 tangkai cili padi

Cara Menyediakan :

1. Bersihkan ikan kerapu (isi ikan atau seekor). Gaulkan bersama garam, serbuk kunyit serta tepung.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ikan dengan minyak yang banyak sehingga garing dan ketepikan.
3. Tumis semua bahan kisar sehingga garing dan pecah minyak.
4. Masukkan kicap pekat, air asam jawa, daun kunyit dan garam secukup rasa. Tumis kuah sehingga pekat.
5. Tuangkan ke atas ikan dan hidangkan.

Selamat Mencuba!

Resipi Asam Pedas Ikan Pari


Bahan-bahan :

1 kg ikan pari
200g cili kering
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm kunyit hidup
50g belacan
2 cm halia (jika suka)
50 ml air asam jawa
200g kacang bendi
Daun kesom
1 kuntum bunga kantan
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa

Cara Menyediakan :

1. Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup dan belacan hingga halus.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi hingga terbit minyak.
3. Masukkan air asam jawa dan ikan. Kemudian masukkan garam secukup rasa.
4. Apabila kuah sudah mendidih, masukkan bendi, daun kesum dan bunga kantan.
5. Tunggu hingga bendi lembut. Air boleh ditambah untuk mendapatkan kuah yang lebih.

Selamat Mencuba!

Resipi Asam Rebus Ikan Nanas

Resepi Asam Rebus Ikan Nanas

Bahan-bahan :

500g ikan tenggiri
3 keping asam gelugur
3 cawan air
½ biji nanas (dipotong kiub)
Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar :
10 tangkai cili merah
2 batang serai
4 cm kunyit hidup
8 tangkai cili padi
10 ulas bawang merah

Cara Menyediakan :

1. Bersihkan ikan dan lumurkan dengan garam.
2. Campurkan bahan-bahan kisar ke dalam periuk bersama air.
3. Didihkan dengan api yang perlahan, kemudian masukkan asam gelugur.
4. Setelah mendidih, masukkan nanas dan didihkan lagi.
5. Masukkan ikan, gula serta garam secukup rasa dan masak sehingga ikan masak.

Selamat Mencuba!

Resipi Salmon Panggang Bersos Percik

Salmon Panggang Bersos Percik

Bahan-bahan :
2 keping ikan salmon
4 sudu besar minyak zaitun
½ liter santan
Garam dan gula secukup rasa
Sehelai daun kunyit

Bahan kisar :
7 tangkai cili padi
3 ulas bawang putih
1 cm halia
4 ulas bawang merah
1 batang serai
1 cm kunyit hidup
2 tangkai cili merah
2 tangkai cili hijau

Cara Menyediakan :

1. Panggang ikan salmon sehingga masak dan ketepikan.
2. Panaskan minyak zaitun, tumiskan bahan yang telah dikisar dan daun kunyit yang dihiris sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan santan. Masak sehingga mendidih dan masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. Setelah masak, tuang kuah di atas ikan yang telah dipanggang tadi.

Selamat Mencuba!