Oh! Resepi

Oh! Resepi menyajikan pelbagai resepi yang sangat Enak Lagi Berkhasiat dan Follow kami @ Facebook dan dapatkan update terkini daripada #Oh! Resepi

Showing posts with label Cake. Show all posts
Showing posts with label Cake. Show all posts


Chilled Blueberry Yoghurt Cheesecake

Base:
  • 100g biskut Oreo, kisar hancur
  • 45g butter, dicairkan
***Gaul biskut Oreo dengan butter, tekan pada dasar loyang yang telah diletakkan baking paper dahulu. Simpan dalam peti sejuk.
Adunan yoghurt cheese:
  • 125g cream cheese, suhu bilik
  • 137g @ 1 bekas yoghurt perisa blueberry@plain je
  • 30g gula kastor
  • 80g blueberry filling – boleh guna ada biji buah blueberry
  • 125g whipping cream, pukul hingga gebu dan bertanduk (soft peak)
  • 1/2sb + 1/2st gelatin Halagel
  • 2sb air hangat
Cara:
  1. Pukul cream cheese, gula kastor dan blueberry filling hingga sebati.
  2. Masukkan yoghurt, gaul rata.
  3. Masukkan gelatin ke dalam bekas berisi air hangat.
  4. Biarkan 5 minit hingga kembang, cairkan secara double-boiler atau guna microwave-oven (on HIGH 3saat. kacau rata).
  5. Biarkan hingga ia suam, kemudian baru masukkan ke dalam adunan yoghurt cheese. Gaul rata.
  6. Perlahan-lahan kaup balikkan whipping cream ke dalam adunan.
    NOTE: Pastikan whipping cream tidak terlalu sejuk untuk elakkan adunan terus pekat bila ia bergaul dengan adunan bergelatin tadi.
  7. Kaup balik rata-rata, tuangkan ke dalam loyang berisi base.
  8. Sejukkan dalam peti sejuk paling kurang 4 jam atau lebih.
  9. Menggunakan hair dryer, lalukan muncungnya pada keliling loyang 2-3 kali. Guna suhu paling perlahan.
  10. Keluarkan cheesecake dan alihkan ke atas cakeboard menggunakan spatula besar.
  11. Hiaskan atasnya dengan blueberry filling dan sedia dipotong

Resepi Mousse Coklat


BAHAN-BAHAN:
  • 250gm coklat masakan (dark chocolate) | dicincang
  • 500gm krim pekat | dipukul sedikit
  • 100gm krim pekat (double cream)
  • 65gm gula kastor
  • 5 biji kuning telur
  • Parutan coklat masakan | hiasan
  1. Pukul kuning telur dan gula sehingga kembang dan sebati dengan menggunakan hand whisk.
  2. Kemudian masukkan bancuhan krim pekat dan coklat masakan yang dididihkan sehingga sebati. Kacau rata dan sejukkan.
  3. Seterusnya masukkan pula 500gm krim pekat dan kaup balikkan.
  4. Setelah itu, tuangkan adunan ke dalam acuan atau gelas bersesuaian. Sejukkan.
  5. Akhir sekali, apabila mahu dihidangkan, hiaskan dengan parutan coklat masakan.
p/s : Manisan ini enak dimakan segera setelah disejukkan.
COCKTAIL TIRAMISU



Oleh:Norkhamsiah Zainal Abidin
BAHAN-BAHAN :
  • 1 paket biskut marie
  • 2 paket nescaffe 3 in 1
  • serbuk koko
  • 1 buku cream cheese (Tartura @ Philadelphia )
  • 1 cawan freshcream
  • 1/3 cawan gula castor
  • buah strawberry (optional)
  • bekas tupperware bertutup
CARA-CARA :
  1. Putar creamcheese dan gula hingga sebati dan masukkan freshcream dan putar lagi sehingga kembang. Masukkan ke dalam piping beg.
  2. Celupkan biskut marie ke dalam air nescefe sekejap dan susun di dalam bekas.
  3. Pancit adunan freshcream hingga menutupi biskut. Tabur dengan serbuk koko dan ulangi lapis tadi hingga penuh bekas.
  4. Akhirkan dengan acunan cheese, tapis serbuk koko dan tabur buah-buahan yang sesuai.
  5. Tutup bekas dan sejukkan beberapa jam sebelum dimakan.
  6. Sangat sedap dan sesuai dibuat jualan. Selamat mencuba!

Kek Aiskrim Vanilla Oreo


Oleh : Nur Jannah
BAHAN-BAHAN :
  • 300ml ais krim vanila
  • 15 keping biskut oreo
  • 50gm mentega – dicairkan
CARA-CARA :
  1. keluarkan ais krim dr freezer dan biarkan lembut (cair sedikit)
  2. kisar biskut oreo dgn krimnya sekali
  3. campurkan biskut oreo yg dikisar dgn mentega yg telah dicairkan & kacau sebati sehingga berketul-ketul
  4. alaskan tupperware dengan plastic wrap and then masukkan 1/2 campuran biskut td dan tekan biar padat.
  5. setelah itu masukkan ais krim dan ratakan…..masukkan dlm freezer lebih kurang 1 jam.
  6. kuarkan ais krim dan taburkan lebihan biskut tadi…simpan semula dlm freezer lebih kurang 1 jam jugak.
  7. kuarkan kek ais krim dan potong ikut kesukaan anda.

Resepi kek coklat moist

Bahan2;
2 cwn tepung gandum
1 cwn minyak
1 cwn gula kastor
1 cwn susu pekat
1 cwn air panas
1 cwn milo
1 cwn serbuk koko
4 biji telur
1 sudu teh baking powder
cara2:
campurkan kesemua bahan dan kacau sebati.
masukkan kedalam loyang.
kukus selama 45 minit dengan api yg perlahan.
Untuk Toping:
1/2 cwn susu pekat
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu besar minyak
(kacau diatas api yg perlahan)

Bahan-bahan:
  • 1/2 cake swiss roll atau kek gulung bergantung kepada citarasa anda
  • 2 tin koktel atau buah-buahan pilihan anda
  • 2 tin susu cair
  • 1 peket agar-agar jeli (merah)
  • 1 biji telur
  • 4 sudu besar tepung kastard
  • 2 sudu besar gula
Cara-cara penyediaan:
  1. Potong kek secara nipis dan susun di dalam bekas pilihan anda. Tekan kek menggunakan sudu untuk lebih padat serta elakkan sebarang lubang. Ketinggian bergantung kepada citarasa anda.
  2. Bancuh tepung kastard bersama telur dan susu cair. Kacau hingga sebati.
  3. Masukkan ke dalam periuk dan panaskan di atas api yang sederhana. Masukkan gula dan kacau sehingga pekat.
  4. Apabila kastard telah pekat, tapis terlebih dahulu dan kemudian tuangkan ke atas lapisan kek tadi.
  5. Masak agar-agar jeli mengikut arahan yang tertera di peket.
  6. Kemudian tuangkan jeli ke atas lapisan kastard tadi. Pastikan lapisan kastard telah keras terlebih dahulu.
  7. Kemudian tuang buah-buahan koktel dan sebarang hiasan di bahagian lapisan paling atas.
  8. Simpan di dalam peti untuk lebih sedap dan keras.

bahan-bahan: 
2 cawan semua guna tepung 
3/4 cawan gula 
3 1/2 sudu teh baking powder 
2 biji telur, dipisahkan 
Susu 1 1/2 cawan 
1 cawan (2 batang) mentega, cair 
1 1/2 sudu teh ekstrak vanila 
Buah-buahan segar, jem, sirap atau ** 

arahan: 
1. Dalam mangkuk besar, menggabungkan tepung, gula, dan serbuk penaik. 

2. Dalam mangkuk lain, pukul putih telur sehingga puncak sengit terbentuk. 

3. belum mangkuk lain, ringan menewaskan kuning telur dan kemudian menambah susu, mentega, dan vanila, pergaulan juga. Kacau bahan-bahan kering ke dalam hanya sehingga lembab. Lipat putih telur ke dalam adunan. 

4. Bakar dalam besi wafel pra-dipanaskan mengikut arahan pengilang, sehingga perang keemasan. * Saya suka untuk menetapkan pemasa jadi saya tidak perlu menyimpan memeriksa, atau risiko lupa untuk mengambil wafel pada masa! 

5. Hidangkan hangat dengan buah-buahan segar, jem, sirap atau. **

Nota Tambahan: 
* Batter akan agak nipis, jadi jangan lebih-mengisi besi wafel anda, atau anda akan mempunyai keadaan kucar-kacir besar untuk membersihkan selepas itu! Isi hanya sehingga bahagian bawah adalah tahap, tidak penumpukan, dengan adunan. Waffles akan sangat lembut apabila mereka selesai. Buang dengan garpu ke atas pinggan, dan mereka akan Crisp sehingga agak kerana mereka sejuk sedikit. 

** Kami memilih buah-buahan segar atau topping yang tidak terlalu manis, terutama ketika berkhidmat ini untuk makan (dan bukan sebagai pencuci mulut), kerana wafel sendiri adalah agak manis. Jika anda berkhidmat ini sebagai pencuci mulut, anda juga boleh menambah krim putar pada topping anda! 

Masa penyediaan: 
15-20 minit 

Sekian . selamat mencuba


BAHAN BAHAN
(18cm)

base
20 sandwich biskut oreo - tak perlu buang inti
45g butter - dicairkan

batter
250g cream cheese - suhu bilik
200ml whipping cream
1/2 biji jus lemon
3 sudu besar tepung gandum
90g gula kastor
1 cawan strawberry - OR pakai frozen punya

filling
7 sandwich oreo - dipatahkan
1 cawan strawberry - OR guna frozen nya (didadu kasar)
1 sudu tepung gandum

strawberry compote
2 cawan strawberry - OR pakai frozen (dibelah 2)
1/4 cawan gula


CARA CARA

base
1. Masukkan oreo kedalam food processor dan kisar halus. Tuang kedalam mangkuk dan masukkan juga butter cair. Gaul rata.
2. Sediakan loyang springform 18cm dan masukkan oreo tadi. Ratakan guna sudu sehingga mampat. Masukkan kedalam freezer sementara buat adunan cake.

batter+filling
1. Panaskan oven 170c.
2.  Masukkan kesemua bahan2 batter kedalam food processor dan kisar adunan sehingga sebati.
3. Semantara itu, di mangkuk kecil yg lain, satukan strawberry yang didadu kasar untuk filling dan satu sudu tepung gandum. Gaul guna sudu sehingga sebati. Pastikan keseluruhan strawberry diselaputi tepung. Ketepikan.
4. Masukkan adunan yg dikisar kedalam mangkuk besar. MAsukkan oreo yg dipatahkan dan gaul sebati. Masukkan pula strawberry yg diselaputi tepung kedalam adunan dan gaul sebati. Gaul sekejap je.
5. Masukkan adunan kedalam loyang tadi dan bakar selama 45 minit. 
6. Pada minit yang ke 30, tutupkan atas kek dengan aluminium foil supaya atas kek tak terlalu hitam (terbakar). Sambung proses pembakaran sehingga siap.
7. Sejukkan seketika sebelum dimasukkan kedalam peti ais selama 4 jam atau semalaman. Oh! Resepi letak dalam fridge semalaman. Supaya kek benar2 dah sejuk dan set.

strawberry compote
1. Satukan strawberry dan gula didalam saucepan dan gunakan api yg sederhana.
2. Sentiasa kacau. Air daripada strawberry akan keluar. Bila dah mendidih, kacau lagi sehingga menjadi agak pekat. 
3. Masukkan kedalam mangkuk yg sesuai dan biarkan sejuk dahulu sebelum dimasukkan didalam peti ais. 

Bila cheesecake pon dah siap utk dihidang, hias kek dengan meletakkan strawberry compote diatasnya.

selamat mencuba.
Resepi: Oreo Marble Layer Cheese Cake 

Bahan-bahan 

Bahan A (Base)

8-10 keping biskut oreo / digestive / Marie (aku pakai digestive)
Kalo pakai Oreo - buang krim - dikisar / ketuk hancur dan ketepikan 1 sudu besar utk tabur dalam kek
2-3 sudu besar mentega  - cairkan

Bahan B (Lapisan Kek)

270g cream cheese - suhu bilik
50 gram gula halus - boleh kurangkan sikit, jika tak suka manis 
70g mentega - suhu bilik
2 sudu besar susu pekat manis
160ml whipping cream + 1 sudu kecil jus lemon
1 sudu kecil vanilla
1 sudu besar gelatin
2 sudu besar air panas mendidih
4-6 keping biskut oreo - dipatah 2

Cara :

1. Sediakan loyang untuk cheese kek jenis loose base. Letakkan tepi keliling loyang kertas minyak (baking paper) / grease dgn butter - tujuannya agar kek senang dikeluarkan. (guna loyang bulat 6 inci buat 1 layer sedang elok..tp loyang aku besar tu yg aku buat 2 layer baru nmpk tinggi & cantik)

2. Satukan bahan A dan tekan-tekan dalam loyang. Masukkan dalam peti.

3. Dalam gelas satukan gelatin dan air panas, kacau biar gelatin larut sepenuhnya - aku panaskan dalam microwave selama 5 saat - guna microwave lebih cepat gelatin larut sepenuhnya. Ketepikan

4. Putar whipping cream bersama jus lemon hingga sedikit kental (klu tuang bks tu xtumpah la). Ketepikan.(Aku mcm biasa whipping cream aku tak nak kental. Jadi aku campur jer dgn cream cheese)

5. Putar cream cheese seketika, kemudian masukkan gula, susu pekat manis dan mentega. Putar lagi hingga sebati dan adunan jadi lembut. Masukkan vanilla dan putar lagi.

6. Masukkan gelatin yang telah larut dan whipping cream. Putar sebati. 

7. Tuang suku dulu atas loyang oreo tadi, kemudian susun biskut oreo yang telah dipatahkan. Tuang lagi adunan dan ratakan kemudian taburkan sedikit oreo yang dihancurkan (yg simpan 1 sudu besar).

8. Tuang lagi sedikit adunan dan susun pula sedikit lagi biskut yang telah dipatahkan.

9. Kemudian satukan lebihan oreo kisar tadi dengan baki adunan cheese yang ada dan tuang kesemuanya dalam loyang, ratakan sepenuhnya.

* step 7,8,9 aku skip sbb aku campur Oreo semua sekali bersama adunan (tu yg jadi warna coklat). Lps tu baru aku letak Oreo yg dipatahkan..

* utk layer ke-2 bahan2 pun sama..cuma aku tambah yogurt perisa strawbery...nk cari original flavor tp xde..so bedal jer...lg satu whipping cream tak letak sbb dah abis...tp ok jer pown cheesecake aku...hehe :)

10. Tutup permukaan loyang (aku tutup dengan pinggan je) dan simpan dalam peti selama 4-5 jam.

11. Boleh la dihias ikut citarasa dan sedia untuk dihidangkan...Selamat Mencuba..

Sumber:ilhamdapur[dot]blogspot[dot]com


RESEPI BOLU GULUNG PANDAN
Oleh : Ayi Alhamrah

BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT BOLU GULUNG PANDAN
  • 70 gram tepung protein sedang
  • 8 kuning telur 3 putih telur
  • 100 gram gula pasir
  • 10 gram susu tepung
  • 50 gram margarin, lelehkan
  • 25 gram unsalted butter / butter tanpa garam, dicairkan
  • 1 sudu teh pes pandan
  • Beberapa titik pewarna hijau muda
  • buttercream atau jem secukupnya
CARA-CARA UNTUK MEMBUAT BOLU GULUNG PANDAN
  1. Pukul telur dan gula hingga mengembang dan kental
  2. Masukkan tepung dan susu tepung, aduk hingga tercampur rata.
  3. Tuang marjerin dan butter yang dicairkan, aduk rata.
  4. Tambah pes pandan dan pewarna hijau, aduk rata
  5. Tuang adunan dalam loyang saiz 26x26x4 cm yang sudah dioles margarin dan bersalut kertas roti.
  6. Panggang dalam oven dengan suhu 180-190 darjah celsius selama 20 minit atau hingga matang.
  7. Saat kue matang dan sudah tidak terlalu panas, siapkan kertas roti lebar, lebih lebar dari saiz loyang.
  8. Balikkan bolu di atas kertas roti tersebut.
  9. Moms boleh memberi lapisan buttercream atau jem pada lapisan yang halus (bukan lapisan kecokelatan). Boleh juga anda memberi olesan di bahagian lapisan kecokelatan jika ingin mendapat permukaan bolu yang berwarna hijau.
  10. Gulung bolu dengan bantuan kertas roti dan kunci atau tahan dengan sebuah benda agar kuih tidak terlepas.Diamkan hingga bolu sejuk.
  11. Selepas bolu sejuk, buka perlahan kertas roti. Potong-potong, sajikan. Selamat Cuba
Bahan-bahan :
  • 1 cwn tepung gandum
  • 1 cwn susu cair
  • 1 sudu teh b.powder
  • 2 sudu gula
  • 1 bj telur
  •  
Cara Memasak : 
  1. Gaul tepung gandum bersama b.powder.
  2. Gunakan bekas lain msukkn kuning telur, gula dan susu cair kacau hingga sebati.
  3. Msukkan dalam tepung tadi. Pukul putih telur smpai kembang dn msukkn dlm tepung. Kacau sebati. Jangan ada ketul2 
  4. Lepas tu goreng dalam kuali yg xmelekat xpayah guna minyak.

*saya guna pemanggang ajaib tu yang bercorak
Anda boleh merujuk DISINI bahan dan cara untuk membuat Kek coklat moist. Hanya perlu ditambah untuk membuat topeng sahaja.


Bahan Topping :
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 2 sudu besar air panas
  • 1 sudu besar mentega 
Cara cara :
  1. Campurkan semua bahan tersebut dan cairkan.
  2. Adunan tersebut bolehlah dituang ke atas kek.Siap
  3. Untuk hiasan boleh ditabur manik untuk mecantikkan lagi kek tersebut.

Bahan-bahan:

  • 500g butter
  • 180g tepung
  • 10 biji telur
  • 200g coklat masakan
  • 200g gula kastor
  • 7 sudu susu pekat
  • 1 sudu teh esen vanilla 
  • 1 sudu teh serbuk vanilla
  • 2 sudu besar ovelette

Cara-cara:

  1. Pukul butter dan gula  hingga putih berkrim.
  2. Masukkan  tepung, susu, esen vanilla dan ovelette. Pukul hingga sebati.
  3. Bahagikan kepada 2 bahagian. Kemudian satu masukkan coklat masakan cair dan satu lagi masukkan serbuk vanilla 1-2 sudu.
  4. Bakar layer demi layer pada suhu 180 darjah.

Bahan bahan Kek Sunquick:
  • 6 sudu sunquick + 4 sudu air
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula halus
  • 3 biji telur
  • 2 cawan tepung gndum
  • 1 sudu serbuk penaik
Cara cara;
  1. Kacau  telur bersama gula, kmudian masukkn squick+air  dan minyak
  2. Masukkn  tepung gndum dan serbuk penaik, gaul sebati
  3. Masukkn dlm loyang, sapu mjerin dulu (jgn isi penuh2 nanti kek ni naik)
  4. bakar pada suhu 160'C selama 45min.
  5. Siap di mkn panas2.
Bahan bahan:
  • 250g tepung florentine
  • 100g almond flakes
  • 80g kuaci
  • 90g badam panjang
  • 90g walnut

Cara-cara:

  1. Bakar semua kacang dalam oven selama 10 minit.
  2. lapiskan dulang dengan kertas alas
  3. Campurkan semua bahan dan gaul rata.
  4. Alas dulang dengan kertas alas. Tuang adunan kedalam dulang, lagi nipis lagi sedap.
  5. Bakar menggunakan api atas  dan bawah pada suhu 150 darjah selama 10 minit.
  6. Sekadar semua tepung cair dan jgn smp perang.
  7. Potong ketika masih panas, tanggalkan dari kertas alas.
  8. Selamat mencuba.
http://resepicheff.blogspot.com/search/label/Kek
Bahan Base Blueberry cheesecake:
  • 110g butter, di cairkan
  • 200g digestive biscuits, saya guna 100g
  • 100g oreo di hancurkan, optional - saya tambah
  • 50g almond flakes, di panggang
  • 2 sb brown sugar
Cara2 membuat base:
  1. Satukan semua bahan2 base. Gaul rata.
  2. Sediakan loose base tin bersaiz 9'. Masukkan adunan base dalamnya & tekan rata.
  3. Simpan dalam peti sejuk sementara membuat filling.

Filling:
  • 500g cream cheese
  • 30g butter
  • 129g gula kaster
  • 1 biji parutan kulit lemon
  • 1 biji jus lemon
  • 30g tepung jagung, di ayak
  • 300ml UHT whipping cream
  • 4 biji telur
  • 150g blueberry pie filling
Cara2 membuat filling:
  1. Pukul cream cheese & butter hingga lembut.
  2. Masukkan gula, parutan kulit lemon, jus lemon & tepung jagung. Pukul hingga sebati.
  3. Kemudian, masukkan whipping cream. Pukul hingga pekat. Masukkan pula telur sedikit demi sedikit. Pukul sebati.
  4. Keluarkan loose base tin berisi base tadi, tuang 1/2 adunan filling dalamnya.
  5. Guna sudu, masukkan blueberry pie filling atas filling cheese tadi. Tuang pula baki adunan filling perlahan2 hingga habis.
  6. Bakar kek guna kaedah water-bath pada suhu 160 C selama 1 jam atau hingga kek masak.
  7. Sejukkan sepenuhnya baru di simpan dalam peti sejuk selama 6 jam atau semalaman.

Topping:
  • 1 sk serbuk gelatin
  • 30 ml air
  • 150g blueberry pie filling

Cara2 membuat topping:
  1. Satukan serbuk gelatin & air. Biarkan 5 min.
  2. 2. Cairkan gelatin guna double boiler.
  3. Satukan dengan blueberry pie filling. Gaul rata.
  4. Tuang atas kek yang telah di sejukkan.
Bahan A:
  •    4 Sudu gula 
Bahan B:
  • 6 biji kuning telur
  • 200g susu cair
  • 70g air
  • 1 sudu teh esen vanila

Bahan C:
  • 4 biji putih telur
  • 50g gula kaster
  • 1/4 tsp cream of tartar

Bahan D:
  • 500g cream cheese
  • 150g gula kaster
  • 40g butter
  • 4 biji kuning telur

Cara2:
  1. Masak gula  hingga keperang-perangan. Ketepikan.
  2. Satukan bahan B, gaul  sebati. Tuang sambil menapis kedalam loyang berisi karamel tadi. Ketepikan.
  3. Pukul bahan C hingga pekat & bertanduk.
  4. Pukul bahan D kecuali kuning telur hingga lembut & licin, masukkan kuning telur satu persatu. Pukul lagi hingga sebati.
  5. Akhir sekali, masukkan bahan C kedalam adunan cheese (bahan D) tadi. Pukul sebati.
  6. Bakar guna water bath selama 1 1/2 jam pada suhu 160 C.
  7. Bila kek masak, rehatkan selama 1/2 jam baru terbalikkan. Sejukkan sekurang-kurangnya 3 jam baru dihidangkan. Kek sedap dimakan sejuk.