Oh! Resepi

Resepi Bolu Gulung Pandan

0


RESEPI BOLU GULUNG PANDAN
Oleh : Ayi Alhamrah

BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT BOLU GULUNG PANDAN
  • 70 gram tepung protein sedang
  • 8 kuning telur 3 putih telur
  • 100 gram gula pasir
  • 10 gram susu tepung
  • 50 gram margarin, lelehkan
  • 25 gram unsalted butter / butter tanpa garam, dicairkan
  • 1 sudu teh pes pandan
  • Beberapa titik pewarna hijau muda
  • buttercream atau jem secukupnya
CARA-CARA UNTUK MEMBUAT BOLU GULUNG PANDAN
  1. Pukul telur dan gula hingga mengembang dan kental
  2. Masukkan tepung dan susu tepung, aduk hingga tercampur rata.
  3. Tuang marjerin dan butter yang dicairkan, aduk rata.
  4. Tambah pes pandan dan pewarna hijau, aduk rata
  5. Tuang adunan dalam loyang saiz 26x26x4 cm yang sudah dioles margarin dan bersalut kertas roti.
  6. Panggang dalam oven dengan suhu 180-190 darjah celsius selama 20 minit atau hingga matang.
  7. Saat kue matang dan sudah tidak terlalu panas, siapkan kertas roti lebar, lebih lebar dari saiz loyang.
  8. Balikkan bolu di atas kertas roti tersebut.
  9. Moms boleh memberi lapisan buttercream atau jem pada lapisan yang halus (bukan lapisan kecokelatan). Boleh juga anda memberi olesan di bahagian lapisan kecokelatan jika ingin mendapat permukaan bolu yang berwarna hijau.
  10. Gulung bolu dengan bantuan kertas roti dan kunci atau tahan dengan sebuah benda agar kuih tidak terlepas.Diamkan hingga bolu sejuk.
  11. Selepas bolu sejuk, buka perlahan kertas roti. Potong-potong, sajikan. Selamat Cuba

0 comments:

Post a Comment