Oh! Resepi

Resepi Pajeri Epal Hijau

0
Resipi Pajeri Epal Hijau

Resepi Pajeri Epal Hijau

Bahan-bahan :

2 biji epal hijau
1 sudu besar cili kering kisar
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu besar kerisik
4 ulas bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
6 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Kulit kayu manis
4 sudu besar santan pekat
Setangkai daun kari
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Bahan kisar :
1 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil jintan manis

Cara Menyediakan :

1. Epal hijau dipotong dua.
2. Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih, buah pelaga, bunga cengkih dan kulit kayu manis.
3. Kemudian masukkan cili kering, bahan-bahan kisar serta daun kari dan tumis sehingga naik bau.
4. Masukkan serbuk kunyit dan santan pekat.
5. Akhir sekali masukkan kerisik, gula, garam dan epal.
6. Angkat setelah kuah menjadi pekat.

Selamat Mencuba!

0 comments:

Post a Comment