Resepi Gulai Kawah
Bahan-bahan :
600g daging (tulang)
200g cili kering (dikisar)
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk jintan manis
4 batang serai
180g kerisik
2 sudu besar gula merah
6 ulas bawang merah (dikisar)
4 ulas bawang putih (dikisar)
500 ml santan
Rempah empat sekawan
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya
Air secukupnya
Cara Menyediakan :
1. Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih, serai, halia dan rempah empat sekawan hingga wangi. Apabila naik bau, masukkan cili kering, ketumbar, jintan putih dan jintan manis. Tunggu hingga terbit minyak barulah dimasukkan daging.
2. Tuangkan air dan biarkan sehingga daging empuk.
3. Kemudian masukkan kerisik, gula merah dan santan. Apabila kuah menjadi pekat, masukkan garam secukup rasa.
0 comments:
Post a Comment