Oh! Resepi

RESEPI OAT CHOCO HOMEMADE

0

RESEPI OAT CHOCO HOMEMADE

Assalamualaikum & selamat sejahtera kepada semua sahabat BukuResepi dan pelawat Web BukuResepi.com
Dah lama BR (BukuResepi) resepi untuk membuat oat choco ini, Alhamdulillah akhirnya terjumpa juga malah ia tidak la susah untuk buat sendiri dirumah. Bahan-bahan yang diperlukan sangat mudah untuk dibeli dipasaraya, Admin BR namakan sebagai OAT CHOCO HOMEMADE sebab ia dibuat di rumah hehehe..
BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT OAT CHOCO
Dalam membuat oat choco homemade ini, sukatan yang diperlukan tidak tetap mengikut kuantiti cuma dalam pembuatan kali ini admin BR akan memberikan sukatan mengikut citarasa sendiri
  • 100 gram Nestum
  • 100 gram Quakeroat
  • 100 gram Beryl’s White Chocolate Compound / coklat compound putih
bahan-oat-choco

  1. Sediakan Quakeroat & Nestum sama banyak (jika anda mahu buat banyak, boleh cuba tambahkan kuantiti nestum & Quakeroat)
  2. Cairkn Beryl’s White Chocolate Compound secara doublae boiler atau kukus (Boleh juga guna Coklat Compound Putih)
  3. Bila Coklat Putih dah cair, boleh lah campurkan dalam campuran Quakeroat & Nestum tadi
  4. Gaul Quakeroat & Nestum dan Coklat Putih menggunakan sudu kayu dan gaul hingga sebati
  5. Kemudian ratakan adunan dalam Loyang atau bekas acuan yang anda mahukan dan lapik dengan plastik. (untuk memudahkan ia dikeluarkan dan tidak melekat)
  6. Kemudian sejukkan dalam freezer dlm 3-5minit keluarkan dan potong. (tidak mahu letakkan dalam freezer pun boleh)
oat-choco-homemade
NOTA : Jika tidak mahu letakkan dalam peti sejuk pun boleh sebab coklat compound akan mengeras.
Psstt.. Percubaan pertama tidak semestinya akan menjanjikan hasil yang baik tetapi olahan sendiri juga diperlukan. Jangan lupa komen kat bawah dan berikan pendapat dan pandangan anda. Mungkin ada petua dan tips atau apa sahaja yang boleh anda kongsikan bersama admin dan sahabat-sahabat di facebook 

0 comments:

Post a Comment