Resepi Daging Sri Tanjung
Bahan-bahan :
350g daging (dipotong dadu)
2 ½ sudu besar minyak masak450 ml air
½ sudu besar cuka
1 sudu besar tomato puri
½ sudu besar kicap pekat
3 cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 labu bawang besar (dibelah empat)
150g lobak merah
150g ubi kentang
Garam secukup rasa
Bahan perap :
1 ½ sudu besar kicap cair
½ sudu kecil tepung jagung
½ sudu kecil serbuk lada hitam
Cara Menyediakan :
1. Perap daging bersama bahan perap.
2. Panaskan minyak, tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang dan bawang besar hingga wangi.
3. Masukkan daging yang telah diperap, kacau seketika.
4. Tuangkan air dan biarkan hingga mendidih. Kecilkan api dan masak hingga daging empuk.
5. Apabila daging sudah empuk, masukkan lobak merah, ubi kentang, cuka, tomato puri, kicap pekat dan garam secukup rasa.
6. Jika sukakan kuah yang pekat, boleh ditambahkan dengan sedikit tepung jagung.
0 comments:
Post a Comment