Oh! Resepi

RESEPI BISKUT MAMA CAREY

0

RESEPI BISKUT MAMA CAREY
Oleh : ABM

BAHAN BAHAN MEMBUAT BISKUT MAMA CAREY
  • 200g butter
  • 100g gula kastor
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu kecil vanilla esen
Bahan diayak
  • 260g tepung red rose atau tepung gandum
  • 50g susu tepung
  • 50g tepung jagung
CARA CARA BUAT DOH BISKUT :
  1. Masukkan butter dan gula kedalam mangkuk. Pukul sebati.
  2. kemudian, masukkan kuning telur dan esen vanilla. Pukul sebati.
  3. Masukkan bahan yg telah diayak tadi dan masukkan kedalam mangkuk.
  4. Uli menggunakan tangan sehingga sebati.
  5. Jika doh masih melekat pada tangan, tambah sedikit lagi tepung gandum.
  6. Uli sehingga doh menjadi lembut dan tak melekat pada tangan.
  7. Rehatkan selama 15 minit didalam peti ais sebelum diterap.
BAHAN ROYAL ICING
  • 1 biji putih telur
  • 90g gula icing
  • 1 sudu besar tepung jagung
CARA CARA BUAT ROYAL ICING
  1. Pukul putih telur sehingga kembang.
  2. Kemudian, masukkan gula icing dan tepung jagung dan pukul pada kelajuan maksima sehingga likat.
  3. Jika nak mudah, masukkan kedalam piping bag.
  4. Asingkan 1 sudu kecil icing dan warnakan dengan pewarna hitam. Ini untuk decorate pada icing nanti.
CARA PENYEDIAAN
  1. 1. Panaskan oven 150c.
  2. 2. Canai doh biskut tadi dan terap acuan yg digemari. Bakar selama 15 minit.
  3. 3. Bila dah siap, biarkan sejuk dahulu. Bakar biskut batch yg seterusnya.
  4. 4. Biskut yg dah sejuk tadi diletakkan icing diatasnya. Kemudian, dicorakkan dengan bentuk yg digemari.
  5. Kemudian, bakar didalam oven selama 5 minit untuk keringkan icing dan dalam masa yg sama memasakkan lagi biskut tersebut. Buat sehingga habis.
  6. 5. Sejukkan dahulu sebelum disimpan didalam bekas.

0 comments:

Post a Comment