Oh! Resepi

Oh! Resepi menyajikan pelbagai resepi yang sangat Enak Lagi Berkhasiat dan Follow kami @ Facebook dan dapatkan update terkini daripada #Oh! Resepi

Showing posts with label Kuih Muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih Muih. Show all posts
Resepi Kuih Sardin Gulung
Bahan-bahan untuk doh:
  • 500 gram tepung gandum
  • 25 gram marjerin
  • 120 ml minyak masak
  • 1/2 sudu teh garam
  • air secukupnya
  • putih telur sebagai pelekat
Bahan-bahan untuk inti sardin:
  • 1 tin sardin bersaiz sederhana
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 sudu cili boh
  • 2 biji cili merah dipotong nipis
  • 2 sudu teh jus limau
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis
Cara-cara penyediaan inti sardin:
  1. Tumbuk bawah merah bersama bawang putih.
  2. Tumis di dalam kuali sehingga wangi.
  3. Masukkan cili boh, cili merah, bawang besar dan sos sardin.
  4. Kemudian masukkan sardin dan hancurkan.
  5. Masukkan sedikit jus limau, garam dan gula sebagai perasa.
Cara-cara penyediaan doh:
  1. Panaskan minyak masak di dalam periuk.
  2. Di dalam bekas besar, gaulkan minyak masak yang betul-betul panas bersama tepung gandum.
  3. Kemudian masukkan marjerin dan uli sehingga menjadi seakan serbuk roti.
  4. Masukkan air dan kemudian uli sehingga menjadi keras.
  5. Tutup bekas dengan tuala yang lembap dan biarkan seketika.
  6. Kemudian giling doh sehingga rata.
  7. Tekap doh kepada bentuk bujur. ( Boleh buat bulat dan kemudian baru giling)
  8. Letakkan satu sudu (atau lebih) inti sardin di salah satu hujung doh.
  9. Gulung dan lekatkan penhujung menggunakan putih telur.
  10. Goreng di dalam minyak yang penuh.

Resepi Biskut Belinjau


Bahan-bahan ( 70 - 80 keping )

175 g keropok belinjau yang telah digoreng dan dihancurkan kasar2
100 g mentega
60 g gula pasir
2 sb madu
mangkuk kertas yg kecil secukupnya

Cara-cara

1. Satukan mentega,gula dan madu di dlm kuali.Kacau.
2. Masak di atas api sederhana panas hingga gula larut.
3. Masukkan pula keropok belinjau dan gaul hingga sebati.Matikan api.
4. Bubuh adunan belinjau di dlm mangkuk2 kertas.Buat hingga habis dan susun kan diatas dulang pembakar.
5. Bakar selama 8-10 min atau hingga keperangan.
6. Sejukkan belinjau madu di atas redai dan simpan di dlm bekas kedap udara.

Biskut Rice Bubble (Rice Crispy) - resipi nenek saya

Bahan:
227g mentega
71g gula kastor
1 kuning telur
1/4 cawan kismis
2 cawan rice bubble / rice crispy
1 cawan tepung kek - saya guna tepung gandum
35 g ceri merah dan hijau (dipotong kiub) - saya guna cip coklat
coklat cair - drizzle atas cookies

Cara:

1. Pukul mentega dan gula hingga sebati
2. Masukkan kuning telur dan pukul hingga sebati
3. Masukkan tepung dan gaul rata
4. Masukkan kismis, ceri dan rice bubble - gaul adunan supaya sebati.
5. Sudu adunan ke dalam papercup (saiz papercup bergantung kepada citarasa masing-masing)
6. Bakar pada suhu 180C sehingga adunan kekuningan

Nota: Ceri boleh diganti dengan cip coklat dan dihiasi dengan coklat cair yang dijalur di atas biskut.



Resepi Biskut Buah Pinggang

Bahan-Bahan:

BAHAN A
1 cawan gula
2 cawan mentega
1 biji telur merah
1 camca teh esen vanilla

BAHAN B
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung kastad
1 cawan tepung jagung

BAHAN C
2 cawan biskut marie(diblend)
1 cawan oat
sedikit cornflakes diramas untuk topping

Cara-cara:

-putar bahan A,jangan sampai terlalu kembang
-masukkan telur merah,putar lagi.
-masukkan esen vanilla.
-masukkan bahan B sedikit demi sedikit
diselang seli dengan bahan c juga sedikit demi sedikit.
-uli sehingga menjadi doh yang lembut.
-terap dengan acuan berbentuk buah pinggang.
-sapu kuning telur di atasnya dan taburkan cornflakes.
-bakar pada suhu 180c selama 10 minit sahaja.



Bahan-Bahan:

• 1 cawan minyak mazola
• 1 ½ cawan tepung gandum (diayak )
• ½ cawan tepung jagung
• ¾ cawan gula halus
• 1 cawan kacang tumbuk
• 1 sudu teh essen vanilla
• (untuk mendapatkan hasil kacang tumbuk, kacang tanah hendaklah digoreng tanpa minyak dan dibuang kulitnya serta ditumbuk / dikisar.

Bahan Untuk hiasan

• Kuning telur untuk hiasan
• Kacang tumbuk kasar secukupnya

Cara-Cara:

1. Campurkan kesemua bahan di atas kecuali minyak. Kemudian gaulkan hingga sebati
2. Masukkan minyak Mazola sedikit demi sedikit sambil uli adunan hingga menjadi doh. ( masukkan minyak sedikit demi sedikit )
3. Ambil doh sedikit dan bentukkan menjadi bebola kecil.
4. Letakkan doh tadi di atas dulang pembakar. Lakukan sehingga habis adunan.
5. Sapu bahagian atas dengan kuning telur.
6. Taburkan kacang tumbuk kasar pada permukaan atasnya.
7. Kemudian bakar selama 20 minit pada suhu 180°C.
8. Setelah masak angkat dan biarkan sejuk seketika sebelum simpan di dalam bekas kedap udara.




BAHAN-BAHAN:

250 gm mentega
125 gm gula aising
1 biji telur
280 gm tepung kastard
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu serbuk penaik
100 gm kismis

CARA MENYEDIAKAN:

1. Pukul mentega bersama gula sehingga kembang.

2. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi.

3. Campurkan tepung jagung, tepung kastard, serbuk penaik, kismis dan garam ke dalam adunan dan gaul sebati sehingga menjadi doh yang lembut.

4. Gunakan acuan semperit untuk membentukkan.

5. Terapkan di atas dulang pem­bakar dan bakar pada suhu 170 0C selama 15 minit.


Bahan-bahan ( lebih dr 100 biji )

12 oz Golden Churn Butter (or lebih terkenal dgn gelaran Mentega Cap Tong)
4 biji Telur (di rebus dan ambil kuning Telur sahaja)
350 gm Tepung Gandum (sukatan bergantung dgn lembut nya adunan biskut)
Gula Icing secukupnya utk di tabur

Cara-cara
1.Kuning telur dilecek2 sehingga hancur. (saya lecek guna garpu)
2.Kemudian telur yg sudah dilecek tadi di gaul bersama butter. blend hingga sebati.
3.Masukkan tepung sedikit demi sedikit, kuantiti tepung bergantung kepada lembut nya adunan. masukkan tepung sehingga adunan tidak melekat.
4.Canai adunan, kemudian terapkan dgn menggunakan acuan biskut cincin.
5.Bakar selama 20minit atau sehinngga masak. kemudian taburkan gula icing.



Biskut batang buruk popia mini

BAHAN-BAHAN

- 1 bungkus kulit popia saiz besar
- kacang hijau secukupnya
- gula halus secukupnya
- minyak masak

CARA-CARA

1. Kulit popia dipotong lebar 1 – 1.5 inci dan digulung. Lekatkan gulungan menggunakan telur atau air
2. Goreng sehingga kulit popia kekuningan atau masak.
3. Kacang hijau digoreng dengan api perlahan tanpa minyak. Goreng sehingga masak sehingga kulit kacang hijau bertukar warna. Sejukkan, kemudian dikisar sehingga halus serta di ayak.
4. Kacang hijau kisar dan gula halus secukup rasa dicampur. Salutkan kulit popia menggunakan campuran kacang hijau dgn gula.
5. Simpan dalam bekas kedap udara untuk dinikmati bila-bila


Bahan-bahan:

600 gram tepung gandum
300 gram tepung beras
1 biji santan kelapa
600 gram kacang hijau
400 gram gula (kisar)
3 biji telur
Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan:

1. Panaskan santan hingga mendidih. Tutup api dan sejukkan santan.
2. Sangai kacang hijau dan buang kulit. Kisar hingga halus. Campur dengan gula dan ketepikan.
3. Gaul tepung denga santan yang telah dimasak. Masukkan telur dan uli.
4. Canai hingga nipis dan potong ikut saiz 2cm x 3cm. gulung dan biarkan tengah-tengahnya berlubang.
5. Potong kecil dan goreng.
6. Setelah garing, angkat dan isikan bahagian tengah yang berlubang dengan campuran gula dan kacang hijau tadi.

RESEPI BISKUT Y
Oleh : Mimee Jamiana Haji Amir


BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT BISKUT Y :
  • - 5 cawan tepung gandum (ayak)
  • - 1.5 cawan gula
  • - 1 sudu kecil baking powder
  • - 4 sudu kecil esen vanilla
  • - Marjerin buttercup (Ikut adunan jgn smp jadi doh,kene seroi seperti dlm gmbr)
CARA-CARA UNTUK MEMBUAT BISKUT Y :
  1. Panaskan oven 160.
  2. Campurkn semua adunan.
  3. Sapukn sedikit merjerin pada acuan “Y”.
  4. Isi aduanan pada acuan dan tekan biar padat dan acuan agak penuh.
  5. Msk dlm oven dan bakar sehingga keperangan.
  6. Utk keluarkn biskut dari acuan, terbalikkn dan ketukkn bucu acuan ke pinggan secara perlahan2.
  7. Seelok2nya setelah biskut sedikit sejuk kerana ketika panas biskut akan lbh mudah hancur.
NOTA : Gula tak perlu kisar, marjerin tak perlu cairkn, adunan tak memerlukan air.

RESEPI HOMEMADE PINEAPPLE JAM TARTS
Oleh : Jay Jalilah


BAHAN-BAHAN MEMBUAT HOMEMADE PINEAPPLE JAM TARTS
  • 250gm butter
  • 200gm tepung gandum (ikut lembut adunan)
  • 50gm susu tepung
  • 50gm gula kaster
  • 2 butir merah telur
  • 1 sudu teh esen vanila
CARA-CARA MEMBUAT HOMEMADE PINEAPPLE JAM TARTS
  1. Pukul butter dan gula hingga sebati, kemudian masukkan telur satu per satu dan pukul hingga kembang.
  2. Masukkan esen vanila, tepung gandum dan susu tepung sedikit-sedikit gaul perlahan-lahan hingga sebati.
  3. Canai adunan setebal 0.5cm dengan menggunakan acuan kuih tart, buatkan lubang ditengahnya dan paipkan jem nenas secukupnya.
  4. Hiaskan mengikut kreativiti sendiri dan sapukan kuning telur sebagai hiasan.
  5. Bakar dengan suhu oven 170 darjah selama 25 minit atau hingga kekuningan.
BAHAN & CARA BUAT JEM NENAS
  1. Nenas yang telah dikupas dan dibuang matanya, diparut halus.
  2. Nenas yang siap diparut dimasak bersama-sama gula (mengikut citarasa masing-masing), sedikit bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis untuk mendapatkan bau yang asli dan wangi.
  3. Sentiasa mengacau diatas api yang sederhana hingga pekat, tetapi tidak terlalu pekat takut ianya akan menjadi terlalu liat, supaya senang untuk dimasukan kedalam piping bag.

RESEPI GERMAN COOKIES 

Oleh : Noor Abdul Rahim
(Olahan dari citarasawan)



BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT GERMAN COOKIES :
  • 250g butter – suhu bilik
  • 100g gula icing
  • 250g tepung kentang (potato starch)
  • 100g tepung gandum
  • 1 biji putih telur
CARA-CARA UNTUK MEMBUAT GERMAN COOKIES :
  1. Ayak tepung gandum bersama tepung kentang. Ketepikan.
  2. Pukul butter & gula hingga kembang.
  3. Masuk kan putih telur & gaul hingga sebati.
  4. Masuk kan tepung & gaul rata.
  5. Bulat bulatkan adunan & letak kan keatas dulang pembakar. (Jgn buat bulatan besar sebab biskut kembang sikit bila dibakar)
  6. Tekan sedikit menggunakan garpu.
  7. Hiasankan biskut & bakar didalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 160 darjah celcius selama 15 – 20 minit, ikut oven masing-masing.
** Anda boleh hiaskan biskut dengan golek kan keliling biskut yg sudah dibakar dengan gula berwarna..

RESEPI BEAR HUG BUTTER COOKIES
Oleh : Noor Abdul Rahim


BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT BEAR HUG BUTTER COOKIES:
  • 1/2 cawan butter
  • 1/2 cawan gula icing
  • 1 biji telur – suhu bilik
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • badam / gajus / kismis secukupnya
CARA-CARA UNTUK MEMBUAT BEAR HUG BUTTER COOKIES :
  1. Ayak tepung gandum & baking powder kedalam satu bekas. Ketepikan.
  2. Pukul butter, gula, telur & esen vanila hingga kembang.
  3. Masuk kan tepung & gaul rata.
  4. Tutup adunan dengan plastic kemudian masuk kan kedalam peti sejuk selama 2 jam supaya mudah dicanai nanti.
  5. Setelah 2 jam, canai sehingga setebal 1/4 inci.
  6. Terap dengan menggunakan acuan bentuk bear.
  7. Buat mata & hidung bear dengan menggunakan bahagian lidi yg tidak tajam, ditekan kan sedikit pada tepung bear.
  8. Letak kan kekacang atau kismis ditengah kemudian angkat tangan bear & letak kan diatas kekacang seperti memegang bantal.
  9. Bakar didalam oven yg telah dipanas kan pada suhu 175 darjah celcius selama 10 minit atau hingga kecoklatan.
** Masa mencanai, taburkan sedikit tepung pada tangan & papan canai supaya dough tak melekat.

RESEPI BROWNIE PEANUT BUTTER
Bahan-bahan:
  • 200gm mentega
  • 200gm peanut butter halus
  • 250gm gula kastor
  • 2 sudu teh esen vanila
  • 4 biji telur
  • 150gm tepung gandum
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1/4 sudu teh garam
  • 30gm serbuk koko
Bahan Hiasan : Coklat cair dan croquant (optional)
CARA-CARANYA :
  1. Cairkan mentega, masukkan peanut butter, gaul hingga sebati.
  2. Masukkan gula dan esen vanila, kacau lagi, masukkan telur.
  3. Masukkan tepung, serbuk penaik dan garam. Pukul perlahan2 hingga sebati.
  4. Asingkan 1 1/2 cawan adunan, masukkan serbuk koko dan gaul hingga sebati.
  5. Ratakan adunan coklat di dalam loyang 13″ x 9″ x 2″.
  6. Tuangkan adunan selebihnya diatas adunan coklat. Bakar pada suhu 160c selama 30 minit. Sejukkan.
  7. Tuangkan coklat cair ke atas brownie dan tabur dengan croquant.
  8. Guna loyang yang ada cutter

RESEPI CHOCOLATE TART
Oleh: Nur Jannah
BAHAN-BAHAN UNTUK SHELL/CRUST :
  • 170gm marjerin atau butter
  • 50gm gula icing
  • 1 biji telur gred c
  • 290gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil essen vanilla
  • acuan tart
CARA-CARA MENYEDIAKAN :
  1. pukul marjerin dan gula (jgn pukul lama sangat)
  2. masukkan telur dan essen vanilla(pukul lagi)
  3. masukkan tepung sedikit demi sedikit
  4. uli hingga menjadi doh yg lembut…
  5. ambil sedikit doh dan tekan2 kan dalam acuan tart(cucuk2 dgn garfu sebelum dibakar)
  6. bakar pada suhu 170′c selama 20-25 mnt atau ehingga masak
BAHAN-BAHAN UNTUK FILLING :
  • 200gm coklat masakan
  • 100ml susu cair atau 150 ml whipping cream
  • 1 sudu teh butter
CARA-CARA MENYEDIAKAN :
  1. double boil susu atau whipping cream bersama coklat masakan
  2. bila coklat dah cair tutup api sambil kacau hingga larut..
  3. masukkan butter kacau sebati..
  4. bolehlah dimasukkan dlm shell atau crust yg da dibakar tadi
  5. sejukkan dan siap utk dimakan…

RESEPI CHOCOLATE OATS/highlight]
Oleh: Nur Jannah
BAHAN-BAHAN :
  • 280 gm mentega atau margerin
  • 90 gm gula halus
  • 90 gm gula perang
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1/2 sudu teh esen butter
  • 1 biji telur
  • 1 biji kuning telur
  • 20 ml susu cair
  • 350 gm tepung gandum atau tepung Ros
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh Soda
  • ~ 3 bahan di atas di ayak bersama
  • 250 gm Choc Cip
  • 80 gm oats ~ di bakar sekejap dalam 6 – 10 minit suhu 160C
  • 30 gm Cornflakes ~ di ramas kasar
  • 30 gm badam cincang ~ di bakar sekejap dalam 6-10 mint dgn suhu 160C
CARA PENYEDIAAN :
  1. Sebatikan mentega, gula vanilla dan esen butter hingga sebati.
  2. Kalau guna mixer pukul kejap aje dengan sped perlahan.
  3. Tambahkan telur, kuning telur dan susu cair
  4. Tambahkan tepung yang telah di ayak bersama baking powder dan soda
  5. Gaul sebati
  6. Masukkan choc cip, oats, badam dan cornflakes yang tellah di ramas kasar
  7. Sudukan atau buat bentuk bola sebesar guli kecil
  8. Susun di atas dulang pembakar
  9. Bakar dalam oven pada suhu 170 C selama 20minit dengan api atas dan bawah
  10. Oven hendaklah di panaskan 15 minit awal sebelum memasukkan adunan cookies
  11. Biarkan biskut sejuk sepenuhnya di atas redai
  12. Susun biskut dalam bekas yang kedap udara untuk tahan lama kerangupannya.

RESEPI TEPUNG PELITA
Oleh : Naimah Md Ludin


BAHAN-BAHAN (Lapisan bawah)
  • 1 keping sengkuang didadukan kecil2
  • 1 botol tepung hoen kwe -100g(hijau)
  • 1 cawan gula
  • 900ml air
  • 1 sudu kecl asen pandan (gantikan 2helai daun pandan bleh jg)
CARA-CARA (Lapisan bawah)
  1. hirisan sengkuang ditabur dalam acuan/bekas
  2. campur tepung,gula,daun/asen pandan dan air. sebatikan.
  3. masak atas api sederhana sampai hampir nak pekat.
  4. bila pekat padamkan api.
  5. masukkan lapisan hijau 1/2 bekas/acuan
BAHAN-BAHAN (lapisan atas)
  • 1 botol tepung hoen kwe (putih)
  • 1 liter santan
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil asen pandan (boleh guna jg daun pandan)
CARA-CARA (Lapisan atas)
  1. campur semua bahan dan masak atas api sederhana sampai pekat.
  2. tuang atas adunan hijau tadi.
  3. sejukkan dalam peti.
    *utk adunan ni dapat 20 bekas/acuan(seperti dalam gmbar)