Oh! Resepi

RESEPI NASI AYAM HAINAN

0

RESEPI NASI AYAM HAINAN | Oleh : Puspa Wangi
BAHAN BAHAN UNTUK RESEPI NASI AYAM HAINAN
  • 1 ekor ayam
  • Garam kasar
  • 4” halia muda saiz 1/4” setiap satu
  • 2 batang daun bawang saiz 1″ setiap satu
  • 1 sudu kecil sesame oil
BAHAN BAHAN UNTUK NASI AYAM HAINAN
  • 2 sudu besar chicken fat atau 2 tbsp vegetable oil
  • 3 ulas bawang putih – cincang
  • 1” halia muda – cincang
  • 2 cawan beras basuh dan rendam dalam 10 minit
  • 2 cawan air rebusan ayam
  • 1/2 sudu kecil sesame oil
  • 1 sudu kecil garam
BAHAN BAHAN UNTUK SOS CILI NASI AYAM HAINAN
  • 1 sudu besar air perahan limau nipis
  • 2 sudu besar air rebusan ayam
  • 2 sudu kecil gula
  • 2 sudu besar sriracha chili sauce
  • 4 cili merah dan sedikit cili padi
  • 4 ulas bawang putih
  • 1” halia
  • sedikit garam
BAHAN BAHAN UNTUK SOS AYAM NASI AYAM HAINAN
  • 1 sudu besar minyak garlic
  • 1 sudu kecil sesame oil
  • 5 sudu besar light soya sauce
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • 3 sudu besar air rebusan ayam
BAHAN BAHAN UNTUK HIASAN NASI AYAM HAINAN
  • 1/4 cawan dark soy sauce
  • Sedikit daun ketumbar
  • 1 timun
CARA-CARA MEMBUAT NASI AYAM HAINAN :
  1. Bersihkan ayam dengan menggosok kulitnya dengan garam luar dan dalam bagi menghilangkan sebarang kekotoran. Bilas. Lumurkan garam luar dan dalam. Masukkan halia dan batang daun bawang ke dalam ayam. Letakkan ayam ke dalam periuk besar dan isi dengan air setinggi 1 inci menenggelamkan ayam. Panaskan dengan api yang besar sehingga menggelegak. Sebaik memggelegak, perlahankan api bagi air mendidih perlahan selama 30 minit. Cucuk dengan chopstik di bahagian paha untuk melihat samada ayam dah masak.
  2. Selepas ayam masak, tutup api, keluarkan dan rendam ayam dalam air ais untuk menyejukkannya dan menghentikan proses ayam dari terus masak. Ini akan menjadikan kulitmya rangup dan isi nya lembut. Buang halia dan daun bawang. Simpan air rebusan untuk kegunaan lain.
  3. Untuk memasak nasi: Tos beras yang direndam. Panaskan 2 sudu besar minyak dari lemak ayam, masukkan bawang putih dan halia sehingga wangi. Masukkan beras dan goreng sekejap dalam 2 minit. Masukkan minyak sesame dan garam. Masukkan air rebusan ayam dan masaklah dalam periuk elektrik. Jika suka boleh juga letak daun pandan.
  4. Sementara nasi masak, keluarkan ayam dari air ais dan lumurkan luar dan dalam dengan minyak sesame. Potong ayam untuk dihidangkan. Atau boleh juga, dipotong dahulu sebelum melumur. Sebelum dihidang, tuang sos ayam ke atas ayam yang dipotong
  5. Untuk membuat cili sos: Kisar semua bahan sehingga halus.
  6. Untuk membuat sup: Panaskan sup dan masukkan garam dan masukkan bawang goreng atau daun bawang sebagai hiasan.
  • Hidangkan nasi ayam dengan sos cili, dark soy sauce, taugeh, hirisan timun dan sup.
Selamat mencuba!

0 comments:

Post a Comment