RESEPI CHOCO KRISPIES
Oleh : Zaeem Ghufran
Makanan ringan ini sangat popular buat masa sekarang, tahukah anda untuk menyediakan makanan ini tidaklah susah dan lebih kurang 10 minit sahaja. Ia dikenali dalam beberapa nama ‘Choco Kripies’ ‘Rice Krispies Choco’ ‘Buble Rice Choco’ dan beberapa nama lagi. Penyampaian Resepi Choco Krispies kali ini saya akan menulis dalam cara yang berbeza daripada resepi sebelum-sebelum ini.
- Buble Rice
- coklat compound
- Cairkan coklat compound menggunakan teknik ‘Double Boiler’
- Letakkan keatas Buble Rice
- siap untuk dimakan.
LANGKAH DEMI LANGKAH
1. Bahan Utama dalam menghasilkan choco krispies ini adalah Buble Rice. Untuk makluman anda, Buble Rice ini boleh dibeli dimana-mana kedai kek atau bakery yang menjual bahan-bahan untuk membuat kek atau kelengkapan membuat kuih. Harga yang saya dapat untuk 250 gram sekitar RM 3.50-RM 4.00. Buble Rice atau dikenali juga sebagai Rice Krispies ini tidak perlu dibakar kerana ia boleh dimakan terus.
2. Bahan kedua untuk menghasilkan choco krispies ini adalah coklat. Dalam pemilihan coklat ini ia bergantung kepada citarasa anda sendiri dan atas tujuan anda sendiri, jika anda ingin hasilkan choco krispies untuk makan sendiri anda boleh gunakan coklat cadbury atau mars bar. Tetapi jika anda buat choco krispies ini untuk menambah pendapatan atau pendek kata untuk berniaga, saya cadangkan anda untuk menggunakan coklat compound
Untuk mencairkan coklat compound atau mars bar atau cadbury anda perlulah menggunakan teknik ‘Double Boiler‘ dan AWAS Jangan sampai air masuk kedalam bekas untuk memasak coklat kerana ia akan menyebabkan coklat rosak atau berkulat. Untuk pastikan coklat sentiasa Cair anda boleh menambahkan susu cair dan majerin atau butter kedalam coklat tersebut, tetapi ketahanan coklat tersebut tidak lama dan mudah rosak.
TIPS: Untuk menjadikan coklat lebih sedap anda boleh menggunakan campuran“1 portion dark chocolate + 1 portion milk chocolate + hujung sudu nescafe”
3. Setelah Coklat Compound atau apa sahaja coklat yang anda gunakan cari anda boleh letakkan Buble Rice atau rice krispies ke dalam bekas atau botol, anda juga boleh menggunakan mangkuk jika hendak makan sendiri atau makan terus setelah disediakan.
CATATAN : Saya telah membuat beberapa experiment sendiri dalam menghasilkan resepi Choco Krispies ini dan beberapa kesimpulan dan penambahbaikan telah saya ketahui. Jika anda alahan atau mempunyai masalah darah tinggi atau migrain saya tidak galakkan anda menggunakan coklat cadbury kerana pure koko atau koko asli dalam coklat cadbury mungkin akan menyebabkan anda sakit kepala. Untuk menambahkan lagi keenakan choco krispies ini, anda boleh meletakkan lapisan biskut oreo yang dihancurkan.
0 comments:
Post a Comment