Bahan-bahan :
- 200g cream cheese - TATURA CHEESE@PHILADHEPIA CHEESE
- 300ml susu cair
- 100g mentega
- 100g tepung gandum
- 100g gula halus
- 4 biji telur saiz A
- 1sudu teh esen vanila
- 1sudu teh jus lemon
- masukkan susu segar dalam periuk. masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand wisk. masukkan pula marjerin, kacau lagi sehingga cair, padamkan api dan ketepikan.
- asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. - meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia x jatuh apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
- didalam bekas lain yang lebih besar, pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika... ayakkan tepung sedikit semi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul - kacau menggunakan hand wisk dengan perlahan
- akhir sekali campurkan meringue ke dalam adunan tadi dan esen vanila/jus lemon, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand wisk tapi gaul dgn perlahan2)
- masukkan adunan kek di dalam acuan. pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek.
- bakar pada suhu 150'c guna api ATAS BAWAH selama 1 jam @ sehingga btul2 masak dan meggunakan kaedah bain marie (loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)
- hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja
- biarkan kek didlm loyang nmpk lekang barulah senang dikeluarkan dan dptlah tepi2 kek yg licin gitu... JGN GATAL TGN NAK MENCUNGKIL2 TEPINYA... KANG COMOT X LICIN LAK TEPI2 KEK TU..
- simpan didlm peti sejuk dulu lg enak dimakan time keknya sejuk.
Untuk Cream:
- 250g cream cheese
- 120g susu pekat manis
- 50ml UHT Whipping cream
- Campurkan semua bahan dia atas hingga sebati
Untuk hiasan:
1 buku (250g) cheddar cheese diparut
Cara penyediaan:
- Sejukkan kek yang telah dimasak, bahagikan kepada 2 keping.
- Tuang cream cheese ke atas lapisan kek pertama. Letak ke sekeping lagi di atasnya.
- Tuang semua cheese di atas kek tersebut.
- Parut cheddar cheese di atas kek tersebut.
0 comments:
Post a Comment