Mari kita masak Sambal .
Sambal Apa.
Sambal Tumis...
Tumis Apa...
Tumis Ikan Bilis... hiks!
BAHAN-BAHANNYA
2 genggam ikan bilis, cuci bersih dan goreng hingga garing, toskan
1 biji bawang besar, hiris berangkai
1/2 cawan jus asam jawa
Gula dan garam secukup rasa1 1/2 senduk nasi cili kisar
6 biji bawang merah dikisar halus
2 ulas bawang putih dikisar halus
1/2 inci halia dikisar halus
3.4 inci belacan dikisar halusCARA
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan jus asam jawa, perasakan dengan garam sedikit, gula secukupnya dan serbuk perisa (jika suka). Kacau rata dan masak hingga sambal pekat.
Masukkan ikan bilisk dan bawang besar tadi, kacau rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan apa2 yang anda rasa sesuai...
TIPS: semasa menumis api jgn besar ya, minyak biar cukup ya, dah naik minyak baru letak gula garam bagai.
Boleh dibuat sambal utk dimakan bersama Nasi Lemak atau Lempeng atau cicah roti kosong jer...
lebih pedas lebih baguz...
yeah
mak pedaszzzzzzz!!!
AIR...AIRRRR....
0 comments:
Post a Comment