Oh! Resepi

Resepi Onion Rings

0

Bahan-bahan 1 pinggan (3 orang):
  • 1 biji bawang besar dipotong 1/4 inci
  • 1 1/4 cawan tepung serbaguna
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu kecil tepung jagung
  • 1 sudu garam
  • secubit lada hitam
  • sedikit kunyit sebagai pewarna
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak terlebih dahulu di dalam kuali.
  2. Potong bawang satu besar dalam bentuk bulat. Kemudian ceraikan satu persatu.
  3. Di dalam mangkuk yang berasingan, gaulkan semua tepung bersama garam, lada hitam dan kunyit.
  4. Celupkan bawang secara kesuluruhan dan goreng di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas.
  5. Goreng satu persatu agar bawang tidak melekat antara satu sama lain.
  6. Toskan di atas tisu untuk menyerap lebihan minyak.
Untuk lebih istimewa, boleh tambah bahan-bahan berikut:
  • 1 biji telur
  • 1 cawan susu
  • 3/4 cawan breadcrumbs
  • serbuk perasa
*Serbuk breadcrumbs ditabur selepas bawang dicelup dengan adunan

0 comments:

Post a Comment