Oh! Resepi

Resepi Makaroni Carbonara

0
RESEPI MAKARONI CARBONARA.
Resepi, Resep, Resepi Makaroni
cari di google je

Bahan-bahan:
1 paket makaroni (terpulang kepada anda apa brand pun)
1 cawan daging ayam kisar (Saya gunakan jenama RAMLY)
1 tin cendawan butang (dihiris)
2 tin carbonara soup 
1 batang saderi (dihiris)
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil oregano
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu besar olive oil
Garam
Sedikit air

Cara-cara:

Tumis bawang putih menggunakan minyak olive oil sehingga naik bau wangi.
Kemudian masukkan ayam kisar dan biarkan seketika.
Selepas itu anda masukkan carbonara soup, cendawan butang, batang saderi air, lada hitam dan oregano.
Kemudian masukkan pula garam mengikut citarasa anda dan biarkannya sehingga mendidih.
Setelah mendidih  dan benar-benar masak anda bolehlah padamkan api.
Ahkir sekali tuangkanlah kuah ke atas makaroni tersebut.
Makaroni carbonara anda telah pun siap untuk dihidangkan bersama keluarga tersayang.
Rasa makaroni carbonara nie dah tentulah sedap, lazat dan mantap.

Selamat Mencuba.

0 comments:

Post a Comment