Oh! Resepi

Tips Diet Ketika Bulan Puasa (Ramadhan)

0

Tips Diet Sahur Mudah





Ramai beranggapan yang puasa adalah bulan yang paling sesuai untuk berdiet. YES ! Ketika bulan puasa,kita dapat merehatkan tubuh badan kita daripada terus makan. Berbulan lamanya kita makan tanpa merehatkan tubuh badan kita dan kini bulan ramadhan menjelma lagi. Tapi awas ! berpuasa pun kena ada caranya. Jangan main hantam ja. Hari ni zul akan kongsikan tips diet yang mudah ketika berpuasa. Harap ia dapat membantu anda.Amalan sahur sememangnya sunnah semasa menjalankan ibadat puasa. Saya sendiri memang jarang meninggalkan “hidangan” sahur melainkan tertidur :) Jadi berikut adalah 8 tip diet sahur mudah yang anda boleh amalkan dimana-mana.


TIPS DIET KETIKA BULAN RAMADHAN


JANGAN TINGGALKAN SAHUR

Ramai yang tidak suka bersahur dan memilih untuk tidur. Memang berat untuk bangun dari tempat tidur tu,apa lagi kalau sejuk-sejuk. Tapi sahur merupakan perkara yang penting ketika berpuasa. Ini kerana, sahur dapat membekalkan tenaga untuk kita melakukan kerja seharian tanpa rasa letih atau lemah. Selain itu, sahur juga merupakan Sunnah


SEGENGGAM KARBO

Ia merupakan sumber tenaga badan.


PROTEIN YANG BERSIH

Protein yang mengenyangkan contohnya telur,kentang panggang dan lain-lain lagi.


ELAK GARAM

Kurangkan pengambilan garam kerana garam akan mempercepatkan dehydration. Pilih makanan yang mempunyai Potassium yang tinggi contonya ubi, yogurt ,ikan,susu dan macam-macam lagi.


ELAK KAFEIN

Kafein juga akan mempercepatkan dehydration kerana kafein mempunyai diuretik.


ELAK MINUMAN GAS

Kerana minuman gas juga mempunyai kafein yang tinggi.


JANGAN MINUM TERLALU BANYAK AIR

Dalam berdiet, kita selalunya disuruh minum air dengan banyak. Tapi ketika sahur 2-3 gelas sudah memadai. Ini kerana jika kita minum air dengan banyak, proses pembuangannya akan cepat. Dan ini akan menyababkan kita cepat haus kerana kuantiti air yang ada pada badan kita tidak mencukupi. Selepas berbuka nak lantak air bergelen-gelen pun takpa. Tapi air je tau, bukan minuman yang berkarbonat. hehe

0 comments:

Post a Comment