Oh! Resepi

Resepi Kuih Sardin Gulung

0
Cara buat doh

1) 2 cawan tepung gandum
2) 1/3 cawan majerin/ planta
3) sedikit garam
4) air

Uli sahaja tepung bersama majerin dan air garam sehingga lembut. Biarkan ia ditutup dengan kain lembap agar terjaga kelembapan doh tersebut sementara nak buat masak inti ikan sardin.

Inti Sardin

Tumiskan bawang putih yg dicincang halus dan hirisan bawang besar. Masukkan sedikit cili boh, sos cili, sos tomato dan sos tiram (anggaran dalam 1-2 sudu besar sahaja). Kemudian, masukkan sardin dan bahan perasa (gula dan garam).. Biarkan ia mendidih sehingga sebati..

Untuk inti sardin tadi, ambil ikan dan hancurkan dengan sedikit kuah. Sebenarnya resepi atas saya masak ikan sardin untuk makan lunch tetapi saya ambik je sardin dua ekor untuk buat inti.. HEHEHE.. Senangkan kerja saya.. :D :D

Kemudian, doh tadi buat bulat2 dan canai. Masukkan inti sardin dan gulung.. Guna telur kuning untuk menutup supaya tak keluar inti dan kemas..

Ini die doh saya tadi.. Hehehe..


Inti sardin yang telah dihancurkan.



TADAAAA.. Ini die rupa sardin gulung saya yang simple.


SELAMAT MENCUBA YER!!!

0 comments:

Post a Comment